CINTA KLASIK DARI HATI 2






Sambungan..........



Seraya berpaling ke belakang "Waalaikumussalam.....Aaa...aa...awak...." Gugup Rifhan menjawab salam apabila insan yang berada dibelakangnya sebentar tadi kini tegak berdiri disudut pandangan mata. Seperti dipukau oleh sindiket jahat lagaknya si Rifhan terus diam terkaku setelah menjawab salam. 



"Rifhan....kot ye pun terperanjat, berdiri la betul-betul, tutup mulut tu..." Cisss kejuuu....seperti tersedar dari lamunan terhenti, dengan pantas dia berdiri tegak. Rifhan baru perasan yang kaki kirinya masih terangkat seperti hendak masuk ke dalam kereta. Paling teruk, mulutnya terlopong seperti ikan Anabas testudineus. Malu.



"Errr...Awak...aaa...Afzal...ehhh....bila sampai..? ehh..tak..tak.. dah nak balik ke??" Serba tak kena ayat yang terkeluar dari seulas bibir Rifhan yang bersalut lipstik Simply Siti milik Melly. Menggiurkan.



Ya. Rifhan kini berhadapan dengan Mohd Norafzal Bin Narawi. Gundah gulana hatinya bila berhadapan dengan Afzal. Kekasih hati yang sekian lama dinanti.



Tiba-tiba Afzal tunduk dan melutut seperti gaya Prince Charming yang ingin melamar Princess. Lalu tangan Afzal yang kelihatan gagah dengan urat-urat timbul namun lembut bak tangan bayi menyeluk poket seluar. Dikeluarkan isi poketnya. "Rifhan.....ambillah.. Dah lama saya simpan benda ini, sekarang saya nak serahkan kepada awak...." Rifhan menyambut huluran dengan tangan kanan. Lebih afdal katanya. 



"Awak......" Bergenang kelopak mata Rifhan melihat barang yang dihulurkan Afzal sebentar tadi. Terhapus terus rasa rajuknya yang telah sekian lama menanti Afzal selama ini. 10 tahun penantian bukanlah satu masa yang singkat.



"Ek..elehhhh!!! Apa barang derrr...gua ingat lu hulur cincin berlian ke, cincin belah rotan ke....sekali Mumia Katak Bulat daaa..." Sampuk si Zubir, rakan sekampung Hayati dan Rifhan yang sedari tadi duduk bertinggung menongkat dagu menyaksikan detik pertemuan semula antara Rifhan dan Afzal. Kejadian berlaku di tempat awam, masa Kenduri Kahwin pula. Nasib la ada yang nampak.



*************************************


Alor Gajah, Melaka.
01 Oktober 2004.


Kringggggggg.....


Loceng setia menjerit mengikut waktu. "Baiklah anak-anak sekalian....SPM is around the corner, jangan leka lagi.....waktu Tasawwur Islam dah tamat, keluar elok-elok, hati-hati pergi ke Makmal Sains ya...." Dengan ramah Ustazah Maimon atau nama glamournya Ustazah Cinnamon menasihati anak-anak muridnya. Afzal, Rifhan, Hayati dan Jumadil jalan beriringan menuju ke Makmal Sains.



Dalam Makmal Sains "Alaaa....Cikgu, asyik-asyik bedah katak jeee...." Jumadil bersuara tanda memprotes. Sebenarnya dia geli dengan katak. "Dil...kamu ni ada-ada je, ini sebahagian daripada teknik revision saya, sebab saya Spot Soalan berkaitan anatomi katak ni akan keluar dalam SPM nanti..." Balas Cikgu Eyda Dania dengan tegas. 



"Rifhan....awak tengok ni....jantung katak ni berdegup-degup..." Afzal menyuakan katak yang telah dibedah olehnya. "Awak ni pandailah Afzal....Tapikan awak, kesiankan katak-katak ni semua.....mesti sedih berpisah dengan pasangan masing-masing sebab nak jadi bahan revision kita...." Balas Rifhan dengan riak wajah bersungguh-sungguh.



"Rifhan....kalau awak kesiankan katak-katak tu semua, saya rela gantikan tempat katak-katak tu....." Terperanjat Rifhan mendengarnya, mahu dibalas "Lagipun Rifhan, boleh awak belah dada saya, awak boleh tengok sendiri degupan jantung saya, dekat jantung saya ada nama awak, ada wajah awak....sebenarnya saya sukakan awak Rifhan......" Dengan pantas Afzal menyambung kata-katanya. Matanya tajam memandang Rifhan. Rifhan tertunduk malu.



Jumadil, Hayati dan Cikgu Eyda Dania terlopong mendengarnya. Kebetulan mereka bertiga berada di meja Afzal dan Rifhan. Nasiblah labu. Keesokkan harinya, Afzal dan Rifhan dipanggil ke Bilik Kaunseling. Hayati dan Jumadil turut terbabit sama sebagai saksi. Ini semua angkara Cikgu Eyda Dania. Cinta Monyet dilarang sama sekali. 






BERSAMBUNG.........






P/S : Terasa seronok pula dengan "Cinta Klasik Dari Hati", mendapat respon dari kalangan sahabat blogger. Terima Kasih yang membenarkan namanya dipinjam sebagai Watak cerita ini. Jika ada kekurangan sila tegur. Saya budak baru belajar. ^_^"





22 comments:

  1. huh.... makin lama dah makin syok pulak..... pasnie kenal publishkan terus.....jadikan novel....

    awk ade bakat aien....
    don't waste your talent!!!
    percayalah......

    ReplyDelete
  2. syok! syok! syok!
    xsabar nak tggu smbungan..

    ReplyDelete
  3. yeaahhh... saya pun dah masuk jadi watak dalam cerita ni.. walaupun cuma watak pelakon tambahan, saya semangat plak nak tunggu kisah selanjutnyaa..

    hehehe.. best.. wahh, berdebar2 ni.. ekekekeke (",)

    ReplyDelete
  4. x sabar nk tunggu episod seterus nya ..terbaik la aein berbakat

    ReplyDelete
  5. best..nak tunggu CKDH 3 plak..huhu..memang minat menulis ek?

    ReplyDelete
  6. eh awak..nape sy tak tau pasak cerita nih?? :) kena ikuti ni :) gud job :)

    ReplyDelete
  7. adehh,,terfeeling pulak,haha..

    ni dah macam percintaan kau aku dan katak..:P

    syok la aien,,next story update ye!hihi

    ReplyDelete
  8. emmm, baru berkesempatan singgah sini, sorry aien, cinnamon dah jadi ustazah Maimon.Tahniah Ain..good job

    ReplyDelete
  9. kakak , terbitkan boleh ?? hihii

    ReplyDelete
  10. eh mini novel..pandai mengarang rupenye aien ni..keep it up eh :)

    ReplyDelete
  11. remyhazza : boleh jadi novel ke? kalau boleh kena dikembangkan lagi plot ceritanya...hehe..


    tungguuu..ada watak remyhazza akan datang....draft dah siap..hehe..



    Shahzcudin : hehehe..tunggu dengan sabar ye.. :)

    ReplyDelete
  12. kura : ye...masuk watak zubir...ingat nak sumbat jacob...tapi tak tahu celah mana nak letak...heeee


    gen2merah : hehee..tunggu yang seterusnya...ada watak awak lagi.. :)

    ReplyDelete
  13. KB : bukan keychain la...tapi.. adalahhh...nanti baru tahu.. hehe..

    ReplyDelete
  14. phat : bakat terendam je..huhu.. thankz phat.. :)

    ReplyDelete
  15. TF : minat menulis + berangan...hehehe... tunggu CKDH 3 ye..hihi..


    afzal : saya dah bagitahu awak...saya pinjam nama awak jadi hero.. ^_^" heroin dah tahu awal2..hehe..

    ReplyDelete
  16. athirah : yup..nukilan sendiri.. tiada kopipes..hehe..


    rifhan : tu la...cinta kau aku dan katak...tapi dalam CKDH...hehe..

    ReplyDelete
  17. cinnamon : kak...sori ubah nama akak jadi maimon pulak..hehe..


    sadilla : ohh..boleh.. kalau diterima...hehe..

    ReplyDelete
  18. aq[dan]puteraku : hehe..cerpen la kot...huhu.. salam kenal...nanti saya singgah blog kamu..


    wanie : hihi..sikit2 je sifu doodle... ^_^"

    ReplyDelete