Banjir Kilat Melanda.



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.




Semalam hujan turun sangat lebat bermula dari 2.30 petang. Selama 2 jam 30 minit hujan turun mencurah-curah. 





Tepat pada pukul 4.25 Petang, sedang bersejuk-sejuk dibawah Air-Cond Office dan ditemani hujan lebat, tiba-tiba SMS dari mama masuk "tengah cemas rumah bila-bila masa masuk air". BANJIR KILAT melanda.






Terus telefon mama nak tahu lebih lanjut keadaan macam mana. Rasa macam nak balik kejarkan rumah tapi hujan masih mencurah-curah. Naik HONDA dua tayar kena berhati-hati sikit. Bahaya. Lain dikejar lain yang dapat pula nanti. 






Molek-molek je waktu Punch-Card nak balik 5.00 Petang macam tu, hujan dah reda. Renyai-renyai je. Terus balik. Sepanjang jalan nak balik rumah kesan-kesan banjir kilat dah mula surut. Hanya air sungai yang masih melimpah.






Kelihatan Bomba dan JPA bersedia mengawal keadaan.






Bayangkan sungai yang air hanya separas betis jadi macam gambar-gambar kat bawah ni. Sempat lagi ambil gambar bukti. Maaf gambar kurang jelas, kamera handphone 2.0 MP.







Dah sampai ke ketiak jalan air sungai melimpah.
Arus deras ni, terasa bergoyang jambatan yang dilalui.




Pokok-pokok renek terus tenggelam.
Berhenti tepi jalan ambil gambar pun dah terasa semacam.




5.30 Petang sampai rumah. Banjir kilat dah surut. 
Naik atas jalan tengok hujung jalan, 
tak nampak langsung puncak Gunung Tampin.
Berkabus dan awan kembali mendung.




Malam hujan bersambung lagi. Sekarang kerja-kerja pembangunan setempat giat dijalankan. Mudah sangat Banjir Kilat melanda dalam sekejap-sekejap hujan lebat turun.




-SEKIAN-




14 comments:

  1. tengok tak berita najir kat kajang semalam?? teruk kan??

    apa pon waktu sekarang kena hati2 sebab banjir kilat kejap jer jadi..

    ReplyDelete
  2. rumah akak setakat tak pernah banjir lagi...

    ReplyDelete
  3. klu kt kpg eyda..slalu gk banjir..tp bhgian dapur je..bab dkt ngn sungai...=)..sentiasa berjaga2 tw awk...

    ReplyDelete
  4. kajang pun banjir kilat :( tapi afzal tgk mak afzal seronok berenang2 :P

    ReplyDelete
  5. bahaya banjir.. xsanggup hadapi banjir dah... huhu

    ReplyDelete
  6. aien dok mane?musim banjir kilat pulak skang..huhu..tempat wanie panas je ni..

    ReplyDelete
  7. besar gila air dia. oh mak gua terkejut. heheh

    ReplyDelete
  8. hope semua pulih mcm biasa.. tp memg naik mndadak ar.. tke cre k

    ReplyDelete
  9. uishh dasyat juga kan... kami kat Tawau panas ja memanjang... apa pun bersabar lah dengan semua ujian ini kan... Hati2 ketika banjir ya ANA.. hati2 bawa Honda beroda dua itu (",)

    ReplyDelete
  10. sempat lagi aien amik gambar..takutkan banjir kilat,,sikit2 xpe..kalau banyak tu yg risau..

    jaga diri baik2..;)

    ReplyDelete
  11. bersyukur walaupun rasa tak best...:)

    ReplyDelete
  12. mujur cepat surutnya..klo air trus naek bahaya jgk..

    ReplyDelete
  13. oklah uh dpt merasa nikmat banjir..

    ReplyDelete