Posts

Showing posts from December, 2011

Entri Terakhir Dariku.

Image
Entri hari Jumaat terakhir untuk tahun 2011. (Sekurang-kurangnya ter-update blog ni...) Sedang menaip entri ini dengan muka ada senyum macam dalam gambar kat atas walaupun penat sebab dari pagi sibuk uruskan keluar masuk perabot dan kelengkapan fasiliti dekat tempat kerja. 



Kenapa muka ada senyum? Hehehehe.... Senyumlah sebab jualan "Blaus Muslimah" larissss~ Sejak bila menjual-jual ni? Sejak terajin nak tolong-tolong kawan mama, Mak Cik Sharifah (Pengedar Blaus Muslimah)



Lebih kurang macam kat bawah ni rupa blaus yang telah terjual. Maaf gambar terpaksa ambil dari Google sebab Blaus sebenar dah habis terjual, tak sempat nak ambil gambar.




2012 ni hampir suku abad dah umur ni. Sekarang terasa nak berubah dari segi berpakaian ke arah lebih menutup aurat. Bukan bermakna sebelum ini tidak menutup aurat. Jangan membuat sebarang spekulasi mahupun andaian sendiri. 



Dulu dalam koleksi ada je skinny jeans, tapi sekarang dah tak nak pakai, bagi adik. Dulu pakai t-shirt saiz S rasa Selesa,…

Gigi Bongsu.

Image
Siapa pernah cabut gigi bongsu??? Bayangkan gigi bongsu yang sihat sejahtera terpaksa dicabut kerana keadaan memaksa. Ouchhh!!!



Pagi tadi gigi bongsu A.N.A kena cabut sebab kalau dibiarkan tumbuh akan menyebabkan gusi bengkak dan menjejaskan struktur gigi kekal yang lain. Gigi bongsu mengalah. :(



Bagi mengenang pemergian dan pengunduran gigi bongsu A.N.A buat entri ini....hehehe... Mengada-ngada!!! Di bawah ni A.N.A nak kongsikan gambar-gambar gigi yang comel. SUMBER : My Milk Toof.









-SEKIAN-


P/S : Masih terbayang-bayang peralatan yang digunakan untuk memisahkan diri ini dengan gigi bongsu tersayang.....huuuuuu... Over naaa!!! Dushhh!!! Dushhh!!! Hehehe...



Tidur Lena Didodoikan Lagu Rock Kapak.

Image
Selamat berhujung minggu kepada yang sedang bercuti. Selamat bekerja kepada yang sedang bekerja. Ya...Saya sedang bekerja dihari Ahad. Anda pula bagaimana???




Pukul 10.00 Malam dah tidur. "Tiada ertinya...apakah akhirnya percintaan...." Secebis lirik lagu Layu Dihujung Mekar dendangan RIO. "Sinar matamu bagai api menyambar....haruskah engkau dan aku sama...."Cinta Kristal nyanyian Rahim Maarof dan banyak lagi lagu-lagu Rock Kapak yang telah mendodoikan A.N.A tidur malam tadi.





Siapa yang rajin sangat dodoikan ni???Ehem...ehem...Jiran sebelah rumah semalam ada buat kerja kahwin sebelah siang, sebelah malamnya pula ada sesi karaoke. Jadi bila dah ramai-ramai karaoke, tak tahu la pula siapa. ^_^"



Yang pasti ramai yang memiliki bakat terendam, sedap-sedap suara memasing, kami pasang telinga jelah satu family lepas tu jadi juri tak bertauliah dekat rumah, nak pergi terasa malas pula sebabkan hujan.





Dikesempatan ini nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada anak jiran, Iz…

Belakang Tabir Cinta Klasik Dari Hati.

Image
Seperti yang dijanjikan pada penutup CERPAN (Cerita Panjang) CINTA KLASIK DARI HATI, pada entri ini akan diterangkan kenapa nama watak dipilih berdasarkan nama blogger itu dan blogger ini.






Kepada yang baru singgah Blog Aien Not Alien dan tertanya-tanya apa itu CINTA KLASIK DARI HATI boleh klik CKDH 1, CKDH 2, CKDH 3, dan CKDH 4.



RIFHAN : Dipilih kerana dalam otak dah merencanakan yang heroin Cerpan ini akan menggunakan Mini Cooper untuk menonjolkan ciri-ciri klasik. Kebetulan yang Rifhan ni ada "Mini Cool" plus namanya sendiri yang unik buat A.N.A otomatik pinjam nama dia. Terima Kasih Rifhan. ^_^"






AFZAL : Dipilih kerana karakter beliau di blog sangat sengal, jadi dalam CKDH terasa ingin menonjolkan sisi lain Afzal ni. Mungkin tidak menepati 100%, tapi mana yang positif pasti ada pada dia. Karakternya yang peramah dan mudah mesra menjadi faktor utama dipilih. Terima Kasih Afzal. ^_^"





HAYATI & PHAT : Dipilih kerana dalam imaginasi untuk pengembangan plot cerpan, A.N…

Bersyukur Kepada Allah S.W.T

Image
Sungguh besar rahmat Allah S.W.T kepada kita semua, dalam kita meniti kehidupan dan mengharungi ujian yang diberi oleh-Nya, ada juga terselit berita gembira bagi menaikkan semula semangat kita kala lelah dan leka dengan kehidupan.  









Seawal subuh lagi hujan rahmat turun membasahi bumi. Dalam resah tetap sabar menanti hujan reda sehinggakan terlewat ke pejabat hampir 2 jam. Apakan daya, hanya ada Honda 2 tayar, nak tak nak kena sabar. Semoga akan datang akan ada rezeki untuk Honda 4 tayar pula. Semoga berita gembira yang diperolehi pagi tadi akan memberi sinar harapan kepada diri sendiri dan keluarga, terutamanya mama tersayang. Menitik air mata syukur kala mendapat berita gembira sebentar tadi. Mungkin kedengaran agak over sikit, tapi itulah hakikat sebenarnya.





Seminggu ini graf perasaan turun naik. Kalau dilakar mesti kalah graf thesis dulu-dulu. Pejam celik pejam celik menjelang tahun 2012 genaplah suku abad diri ini bernafas dimuka bumi. Semoga diri ini semakin kuat menghadapi segala …

CINTA KLASIK DARI HATI 4

Image
CINTA KLASIK DARI HATI 1
CINTA KLASIK DARI HATI 2
CINTA KLASIK DARI HATI 3

Sambungan.............

Seteguh pasir pantai bertahan walau sering dihempas ombak laut yang membadai, begitulah Rifhan setia menanti. Seperti ikan cencaru yang tetap tawar walau bebas berenang dilautan air masin begitulah Afzal tekad memegang janji. Jangan cuba dicari logik akal perumpamaan ini kerana cinta itu subjektif terlalu abstrak untuk dihadam. 




***************************************


Shah Alam, Selangor. 25 Disember 2011.



Hari ini merupakan cuti umum dan kebetulan jatuh pada hari ahad, Rifhan ingin memanfaatkan cuti Hari Krismas dengan sebaiknya. Semalam Rifhan tergesa-gesa untuk segera pulang ke Shah Alam seusai majlis Hayati dan Phat kerana mempunyai urusan pada sebelah malam. Semalam juga Rifhan tersipu-sipu malu bila kembali bertemu Afzal, kekasih hatinya.






Tidak disangka-sangka, hari bersejarah sahabat baiknya merupakan hari bersejarah baginya juga. Tuhan yang menentukan segalanya.






Rifhan menjeling sekilas das…

CINTA KLASIK DARI HATI 3

Image
CINTA KLASIK DARI HATI 1
CINTA KLASIK DARI HATI 2
Sambungan.........


Satu sekolah hangat memperkatakan tentang "Cinta Monyet" Afzal dan Rifhan"Dil....aku bengang betul la orang dok heboh cerita pasal Afzal dengan Rifhan...." Hayati meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Jumadil sambil tangannya dengan rakus mencabut bunga-bunga lalang yang tumbuh meliar. 


Kelmarin mereka berempat duduk menghadap Cikgu Fateha, Guru Kaunseling. Masih segar dalam ingatan Hayati, lembut suara Cikgu Fateha menasihati mereka semua tentang keburukan "Cinta Monyet". Mereka dengar dan mereka sedar. Namun begitu hati manusia bukan boleh disuruh-suruh. Perasaan cinta, kasih dan sayang datang tanpa diundang.


"Aku pun bengang juga Yati....tapi nak buat macam mana, mulut manusia bukan boleh ditutup...". Jumadil membalas dengan tenang sambil bersandar ditunggul kayu. "Maafkan kami.... Dil.....Yati..... Kerana kami, korang berdua pula terbabit sama....". Afzal bersuara d…

CINTA KLASIK DARI HATI 2

Image
CINTA KLASIK DARI HATI 1

Sambungan..........


Seraya berpaling ke belakang "Waalaikumussalam.....Aaa...aa...awak...." Gugup Rifhan menjawab salam apabila insan yang berada dibelakangnya sebentar tadi kini tegak berdiri disudut pandangan mata. Seperti dipukau oleh sindiket jahat lagaknya si Rifhan terus diam terkaku setelah menjawab salam. 


"Rifhan....kot ye pun terperanjat, berdiri la betul-betul, tutup mulut tu..." Cisss kejuuu....seperti tersedar dari lamunan terhenti, dengan pantas dia berdiri tegak. Rifhan baru perasan yang kaki kirinya masih terangkat seperti hendak masuk ke dalam kereta. Paling teruk, mulutnya terlopong seperti ikan Anabas testudineus. Malu.


"Errr...Awak...aaa...Afzal...ehhh....bila sampai..? ehh..tak..tak.. dah nak balik ke??" Serba tak kena ayat yang terkeluar dari seulas bibir Rifhan yang bersalut lipstik Simply Siti milik Melly. Menggiurkan.


Ya. Rifhan kini berhadapan dengan Mohd Norafzal Bin Narawi. Gundah gulana hatinya bila berhada…

CINTA KLASIK DARI HATI 1

Image
Alor Gajah, Melaka.  24 Disember 2011.

"Cantiknya kau Rifhan, menjadi sentuhan Melly.....tapi, orang kalau dah cantik, bila di-touch-up lagi bertambah-tambah cantik jadinya....."Melly bersungguh-sungguh menyudahkan kerjanya. "Macam ni la baru ada Seri Pengapit..." Senget-senget mulut si Melly a.k.a Ramli, pemilik Butik Andaman Ratu tatkala merias wajah Nur Rifhan Binti Ismail.


"Ehemmm.....A'ah la Rifhan, kalah Seri Pengantin aku ni, aduhainya pun.....ni siapa yang nak naik pelamin ni......"Hayati bersuara, lalu berpura-pura merajuk. Terjuih-juih bibirnya yang gebu kemerah-merahan berlipstik Simply Siti.Meledak ketawa semua yang berada dalam bilik bakal raja sehari, Nur Hayati Binti Rahman. Si Melly paling over. Berguling-guling ketawa syok sendiri, sambil menekan-nekan perut. Over sangat. 



"Amboiiiii....bergegar bumbung rumah ni dengan suara korang semua ketawa!! Hmmm...nak-nak suara jantan kau tu Melly.....tak kepit langsung!!!"Sergah Cikgu Ma