Koleksi Kesayangan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Hari ini Off Day (Tak tanya pun! Takpelah, A.N.A bagitahu jeee...) Bangun pagi-pagi, sarapan Pizza Ultimate Cheesy 7 (Kelasssss kau jahhhhhh....) Dah selesai sarapan, Online barang sebentar. Sempat balas jejak beberapa blogger je kerana kelembapan Broadband yang agak macam Snail Pig sikit. Minta maaf sangat-sangat sebab bukan sengaja nak kelihatan sombong tak balas jejak. (Bajet macam fofular jeee...).





Sarapan sudah, Online barang sebentar pun sudah. Bincang-bincang dengan mama menu Lunch apa. Tiba-tiba rasa RAJIN datang. (Bukan senang-senang nak datang tanpa diundang...hihihi...) Rasa rajin nak mengemas bilik. Sapu-sapu karpet Dora The Explorer, kemas-kemas katil Queen Size, susun-susun baju-bajuan serta bantal-bantalan, angkat kotak-kotakan...errrr...kotak???Ya. Kotak! Kotak yang mengandungi Koleksi Peribadi. 




Dah terjumpa, A.N.A pun keluarkanlah semua Koleksi Peribadi yang ada dalam kotak dan susun cantik-cantik sebab nak ambil gambar dan masukkan dalam Blog Peribadi. (Saja nak tunjuk pada semua ke?? hihihi...) Dah siap semua, nak buat entri baru kena tangguhkan dulu. Sudahkan kemas bilik dulu. Dah siap kemas-kemas kena teman mak pergi Bandar Tampin pula. Belanja barang dapur.





Balik rumah. Sudahkan itu-ini-itu-ini. (Off Day pun ada je urusannya~layannn...) Baru ada kesempatan nak buat entri baru. Nak kongsikan bersama Koleksi Peribadi yang ada dalam kotak yang dijumpai ketika tiba-tiba rajin datang. 




Nak tengok tak Koleksi Kesayangan A.N.A???
-Mestilah nak kan?? kalau tak nak pun takpe, A.N.A bagi tengok juga-








Inilah sebahagian daripada Koleksi Kesayangan A.N.A. Yang ada kat dalam gambar-gambar ni ada 20 ekor semuanya. Sebenarnya ada lebih dari itu, tapi ada yang dah hilang sebab memang dah nak hilang. (Sedih tu bila hilang...huuu...) Semua ni A.N.A dapat dari orang-orang tersayang disekeliling A.N.A sempena Ulangtahun Kelahiran yang sekian lama dikumpul dari dulu-dulu lagi, Souvenir dari Oversea, dan juga Convocation Day Tahun 2010. (Simpan dalam kotak & tak buat perhiasan pun sebab takut hilang lagi.) 







Ok. Dah simpan balik dalam kotak-kotak. Jangan ada yang kutuk pula koleksi A.N.A ni. (Nak cakap macam budak-budak letewwww....) A.N.A tahu tak elok simpan patung dalam rumah, tapi nak dibuang sayang sebab pemberian orang-orang tersayang. Sebab itulah A.N.A simpan semuanya dalam kotak-kotak sebab tak nak dibuat perhiasan. Bukan A.N.A meminta-minta, tapi ini semua pemberian. ^_^"



Apa Koleksi Kesayangan korang semua??? 
A.N.A tag soalan ni kepada semua yang singgah sini, baca entri ini, dan sudi nak drop komen diketika ini. Rasa-rasa kalau nak jawab, jawablah diruangan komen. ^_^"




-SEKIAN-



32 comments:

  1. wah!!?gempak tu ANA, bnyak koleksinya tu....
    x dapt nak jawab soklan ANA tu coz KB xder koleksi ap2 untuk dikongsi...masa muda2 remaja ada gak kumpul setem..tp ntah mana buku setem tu pon x thu...hehehe

    ReplyDelete
  2. mak aiiiii, banyak gilerrr....akak x boleh ada patung2 ni..nak2 yg besaq..takut..sebab penah hidup dalam mimpi....huhuhu...

    dulu penah ada ehem2 bagi teddy bear, bila dah break nak buang teddy la kunun mcm nk buang org tu..tp kesian, teddy tu, so sorok dalam almari..hehehe

    ReplyDelete
  3. patung kurakura hado tak?

    tak hado? haishh...

    ReplyDelete
  4. saya pun tengah sakit hati dengan line tenet yang macam siput babiiiii ni... geram tul.. nasib baik juga lah boleh merangkak di sini...

    kadang2 hilang mood saya nak tulis entri ni.. huhu

    ReplyDelete
  5. eyda ad koleksi rantai silver..ala rntai murah 2..harga rm15 kot..hehehe..2 je yg mampu beli...tedy bear pn ad..tp xbyk cm awk..=)

    ReplyDelete
  6. mengapa ndak buat segmen...best nie buat segmen nie...Kancil pun ndak dapat online seperti biasa sebab dah berpindah jauh dari bandar...

    ReplyDelete
  7. wah3 semua anak patung?kolehsi afzal?err nak kena tunjuk gak ni.haha

    ReplyDelete
  8. KB : ahli kelab filateli ke? hehehe.. orang kata orang yang kumpul setem ni penyabar orangnye~ KB penyabar ke? hihi..

    ReplyDelete
  9. CikGu Ma : errr...selain dari yang hilangkannn..ada yang kita dah pulangkannn...hihi... malas nak simpan, buat sakit hati je... ^_^"

    ReplyDelete
  10. Kura : takde la...kau hadiahkanlah sekor mesti ada nanti....hihi

    ReplyDelete
  11. Gen2Merah : haaa...taw takpe macam snail pig ni..kena sabar banyak2...hihihi..

    ReplyDelete
  12. merahitujambu : sikit je ni...hihi..

    ReplyDelete
  13. Eyda Dania : rantai silver...mesti banyak kan..hihi.. saya lebih suka silver daripada emas...tiba2.. :D

    ni semua orang beri...saya simpankan je..hihi

    ReplyDelete
  14. Kancil 8349 : errr...belum berani nak buat segmen...hihi

    ReplyDelete
  15. afzal : apa koleksi awak?? jangan cakap koleksi taik hidung yang dikumpul bawah meja....huhuhu..

    ReplyDelete
  16. am pun ada kleksi teddy bear..tapi tak pernah nak jg..ada tu sebesar am...hehehe..nnti am tunjukkan..;-)

    ReplyDelete
  17. wah..lg byk dr yui..heheh..

    comel semuanya!

    ReplyDelete
  18. arm zaiham : wow..kalau sebesar am..memang besar sangat lah tu..huhu

    ReplyDelete
  19. mak oiiii. banyaknya. saya satu pun takde.

    btw, sarapan pizza? amerika sungguh kamu ya. haha.

    ReplyDelete
  20. banyak giler!!!hahaha..ni kalau jual ni pon laku..hahaha..


    saya dulu suka kumpul sticker!hehe..:)

    ReplyDelete
  21. wow! nak satuuu! nak yang c patrick tuu! hahahha

    ReplyDelete
  22. Iffah Afeefah : hihihi..banyak sikit je...

    ReplyDelete
  23. Yatt S. : hahaha...piza jual kat malaysia.....saya rakyat malaysia sejati... ^_^"

    ReplyDelete
  24. Rifhan : taknak la jual....sayangggg~

    sticker alien workshop mesti ada kan?? hehehe

    ReplyDelete
  25. zureen : nak ke??? nak tengokkk jelah ek...hihihi

    ReplyDelete
  26. ade tips tak cane nak dapat koleksi sebanyak ni?huhu..banyak tu sampai 20 lebih patung..nanti buat contest ke GA bagi patung ni la as hadiah :)

    ReplyDelete
  27. Wanie : tips?? adeh~

    hehehe..takde tips apa2 pun... ni semua pemberian orang2 tersayang..hihi...

    ReplyDelete
  28. weeeeeeeeeeeeeeee,..syok2nyeee ade manyak tuu,..memang kesayangan betol al tuh,.oke2,simpan ek nanti tunjuk kat anak cucu,.ni la kesayangan tok mummy dulu,.err,.hehe

    ReplyDelete
  29. simpan dalam kotak..nanti kalau sempat nak wariskan pada anak...hihi

    ReplyDelete