Kisah Kera Kampung



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



"aku masuk blog tuuuu...heeee..."

Sumber : GOOGLE.


Orang cakap kera tak takut dengan orang perempuan. Betul ke tidak? Entahlah, macam betul je. Nak tahu kenapa betul, teruskan membaca entri Kisah Kera Kampung ini.  



KERA juga popular di JEPUN.

Majalah KERA la tapi....hihihi....



Tinggalkan Majalah Kera, kembali fokus kepada Kisah Kera Kampung. Begini ceritanya, dikawasan tempat tinggal A.N.A yang merupakan kawasan luar bandar terdapat sekumpulan kera liar yang telah sekian lama menghuni kawasan hutan kecil berhampiran.





10 tahun sudah kera-kera ini jarang-jarang nak bertegur-sapa dengan penduduk sekitar. Sejak akhir-akhir ni setelah habitatnya diceroboh, jadi kerap pula bertegur-sapa. Tak payah tunggu musim buah-buahan, musim kemarau pun jadi, datang dengan "ramah sekali". 






Kadang-kadang terasa seperti "Rumahku Rumahmu Jua" bila sekumpulan kera ini memulakan operasi terjah rumah ke rumah. Telur ayam tengah mengeram habis dimakan, tak berwarislah ayam. Stok makanan kat rumah habis dibedal, meningkat sikit belanja dapur dari biasa. 






Salah siapakah ini semua terjadi? Pembangunan "terancang" dikawasan sekeliling telah memusnahkan habitat mereka. Bila wakil kami buat aduan kepada pihak berwajib untuk menangani masalah kera-kera liar ini, jawapan yang diterima amat mendukacitakan. "Jika masih terkawal, kami tidak boleh bertindak.". Apakah???






Kena tunggu jadi tajuk berita "Penduduk Cedera Digigit Kera" ataupun perlu ke mengadu kepada "Aduan Rakyat | Ambil Berat". Melalui pemerhatian A.N.A kera-kera ini semakin bijak dari hari ke hari, ada je Modus Operandi terbaru yang dipraktikkan dalam mencari makanan untuk meneruskan kelansungan hidup.




Suka skodeng pun ye jugak kera-kera ni.




Setakat melihat kera bukak botol minuman, makan roti gardenia, habiskan telur berpapan-papan, dan juga buka tudung saji itu dah biasa. Tapi kalau sampaikan sergah kanak-kanak, tunjukkan gigi taringnya, endah tak endah bila dihalau, dan juga tinjau orang mandi itu dah melampau. 






Walaupun tak setiap hari, tapi kalau dah seminggu beberapa kali datang bertegur-sapa, runsing juga dibuatnya. Lagi satu A.N.A perasan tentang kera-kera ni, kalau orang perempuan halau, sikit pun tak berganjak kera-kera ni. Lagi dihalau lagi ligat kita kena sergah. Tapi kalau orang lelaki yang halau, mencicit-cicit larinya, sampai tercicir-cicir anak kera yang dikendong. Kenapa ek??? 






P/S : Kerana kera A.N.A pandai main lastik. Mahu cuba???



27 comments:

  1. Teringat satu kisah di Kelantan dulu yg masuk paper seorg wanita tua kena gigit kera dgn cucu dia. takut kan... perhilitan kena ambil tahu...

    Kakak dulu masa kecik pun main lastik tau hihi...

    ReplyDelete
  2. Sama la kat kampung kami di Batu Pahat.... kera ni memang suka skodeng kerjanya....

    ReplyDelete
  3. ish3x..xkan da jd perkara tak diingini baru nak bertindak..

    ReplyDelete
  4. kera mmg suke skodeng..pantang owg bwak mknan..nk rampas je kn..=)

    ReplyDelete
  5. kuikuikui..takot nak pegang if liar..kalau jinak, nak jer pegang..teringin..hakhakhak..=D

    ReplyDelete
  6. alamak ada kera pulak :( tak bertutup ke rumah awak tu?nak di tembak..kesian.hmm

    ReplyDelete
  7. Cik Alien san, Katak Bulat sedia berkhidmat melaporkan aktiviti sumbang kera2 bersama anda....opss.

    hehehe

    ReplyDelete
  8. yang last tu den buleh jawab agak eh..
    sbb lelaki ado rotan..tu yg dio lari tu..wahahaahaaaa

    ReplyDelete
  9. Kak Zakie : tu la...nak kena berlaku sesuatu agaknya...

    jom lastik kera kak..hehe..

    ReplyDelete
  10. Kazman & Sue : yup..kera ni skodeng diam2 je...huhu

    ReplyDelete
  11. Cik Nisa : suka jugak tengok comel...:)

    ReplyDelete
  12. ShahzCudin : harap2 tak berlaku apa2 la... :)

    ReplyDelete
  13. Eyda Dania : kera lapar tu yang main rampas2.. :)

    ReplyDelete
  14. Aien Najwa : tu la...kalau teringin nak pegang, cari yang jinak...hehe

    ReplyDelete
  15. afzal : bukan rumah saya je..semua rumah la awak...dekat kawasan saya la tapi..hehe...

    ReplyDelete
  16. KB : apakah??? haaaa.... pelik2 la KB ni...huhu

    ReplyDelete
  17. apek poyo : rotan??? ea...


    errr... =_="

    ReplyDelete
  18. merahitujambu : betul awak..boleh google...magazine kera tu pasal fesyen punk, gothic dekat jepun... huhu..

    ReplyDelete
  19. kerana kera A.N.A kena belajar main lastik..hahaa

    takut la kera,,dia boleh gigit kan..haisshh..cepat la bertindak!

    ReplyDelete
  20. wanie tak berani dengan kera..klu g zoo kan banyak kera yg berkeliaran..terus lari, nak tengok pun tak berani..hehe

    ReplyDelete
  21. tukang cari kutu paling terer adalah kera...heheh

    jom baca =_=
    oh lelaki!!

    ReplyDelete
  22. hehhe apa lak kera ni uat kat sini ni heheheh shooo shoooo!! >_<

    ReplyDelete