Posts

Showing posts from November, 2011

Anak Buah | Wordless Wednesday #10

Image
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


-SEKIAN-

Buah Hati Pengarang Jantung.

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Saat ini terasa rindu sangat-sangat pada Buah Hati Pengarang Jantung. Biarpun baru 2 hari tidak bersua, terasa rindu bagaikan berkurun lamanya. Tersiat-siat rasa hati digigit rindu. (Ayat nak menggambarkan rasa hati saat ini...) Baru 2 hari berlalu, bagaimana hendak ditanggung rasa rindu ini sehinggakan Krismas menjelma nanti??? 





Hebatnya rasa ini. Bergenang air hangat ditubir mata bila rasa rindu meresapi diri. 





Hanya gambar di laptop menjadi peneman.  Hanya suara di handphone menghubungkan. Terima Kasih Teknologi. 










Ya. Adik A.N.A, dak Wawa & Alif yang A.N.A maksudkan sebagai Buah Hati Pengarang Jantung. Rindu sangat-sangat dekat dorang. Godek-godek gambar dorang, terasa nak buat entri, terus A.N.A taip-taip. Sekarang ni dorang tengah bersuka-ria menghabiskan cuti sekolah dirumah kakak dekat Lumut, Perak. 





Krismas nanti baru balik. Lambat lagi. :(





P/S : Selalu ada depan mata, bila berjauhan terasa sangat jadinya. 


Kerana Satu Huruf Sahaja

Image
Satu huruf salah ditaip boleh merubah segalanya.






Nak taip TANJUNG, tertaip MANJUNG.





Salah satu huruf je. T jadi M.





Taip - Check - Terlepas Pandang - Print.






Siap fotostat lebih dari 10. Tak tahu berapa jumlah sebenar yang di fotostat. Bos yang fotostat tadi. 








Tak sengaja.  Bukan sengaja.  Terlepas pandang sesekali. 






P/S : Double + triple check after this. =_="

Kisah Kera Kampung

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.




Orang cakap kera tak takut dengan orang perempuan. Betul ke tidak? Entahlah, macam betul je. Nak tahu kenapa betul, teruskan membaca entri Kisah Kera Kampung ini.  





Tinggalkan Majalah Kera, kembali fokus kepada Kisah Kera Kampung. Begini ceritanya, dikawasan tempat tinggal A.N.A yang merupakan kawasan luar bandar terdapat sekumpulan kera liar yang telah sekian lama menghuni kawasan hutan kecil berhampiran.




10 tahun sudah kera-kera ini jarang-jarang nak bertegur-sapa dengan penduduk sekitar. Sejak akhir-akhir ni setelah habitatnya diceroboh, jadi kerap pula bertegur-sapa. Tak payah tunggu musim buah-buahan, musim kemarau pun jadi, datang dengan "ramah sekali". 





Kadang-kadang terasa seperti "Rumahku Rumahmu Jua" bila sekumpulan kera ini memulakan operasi terjah rumah ke rumah. Telur ayam tengah mengeram habis dimakan, tak berwarislah ayam. Stok makanan kat rumah habis dibedal, meningkat sikit belanja dapur dari biasa. 





Salah siapakah…

Sejak Sekolah Kami Bersahabat | Wordless Wednesday # 9

Image

Diet Nasi Minyak

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Tadi pergi memenuhi undangan perkahwinan kawan lama. Berseri-seri pasangan Raja Sehari. Tema Pink & Putih memang menjadi. 







Sedap terasa dapat menjamu selera dengan nasi minyak, ayam masak merah, rendang daging, acar berempah, papadom, dan air oren. 




Lagi sedap terasa bila disapa lalu ditanya di rumah orang kahwin "Bila nak kahwin???"





P/S : Maaflah entri sejak akhir-akhir ni berkisar tentang kahwin-kahwin je. Sesaja begini nak ambil mood orang kahwin sebab mulai minggu ni, "Diet Nasi Minyak" akan bermula sampai hujung bulan Disember.

Gabungan Yang Hebat | Wordless Wednesday # 8

Image
+



=


Panggilan Terakhir Seorang Kawan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sejak semua orang dah ada Handphone masing-masing, telefon rumah dari TM dipandang sepi. Kalau berbunyi sekalipun takde siapa nak terkejar-kejar berebut-rebut nak angkat macam 10 tahun sudah. Telefon tu dah jadi telefon mama. Kalau berbunyi memang untuk panggilan mama nak gosip-gosip dengan adik-beradik dan saudara-maranya jelah. 


Cuma tadi...........

Kringgg...kringggg...kringgg... (Bunyi standard telefon rumah...hihihi...)
Adik : Angahhhh....ada orang telefon... (Jeritan standard kalau orang telefon rumah.....)

Terkesima barang sebentar lantas terus berlari pantas mengejar dan merampas ganggang telefon dengan rakusnya dari adik. (Dekat setahun genap tak dapat panggilan telefon rumah, agak agresif sikit kelakuan...) Setelah settle berborak more less 10 minutes. Letak ganggang dengan yakin hati berkata "Mungkin ini panggilan terakhir dari dia....." Siapakah dia??? Dialah...satu-satunya kawan yang rajin hubungi A.N.A melalui telefon rumah.



Kenal…

Puisi Cinta

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Cuba dengar lagu baru.  Layan sekali dua atau lebih sikit kalinya. Lepas tu tak layan sangat dah. Sendiri terasa bosan.  


Cuba dengar lagu lama.  Berkali-kali layan tak pernah nak rasa bosan.  Kenapa ek??? Penuh tanda tanya sebenarnya. 


Lagu baru best. SEGAR. Lagu lama lagi best. SEGAR-BUGAR...hihihi...



Ok. Nak ulang dengar lagu ni semula, dari tadi ulang dengar.







Lagu Puisi Cinta dari Ilusi.

Suaramu... Gemersiknya bak buluh perindu Cuba kau lagukan Cuba kau dendangkan Mengisi di ruang kamarku

Senyummu... Menusuk dan membelai di kalbu Cuba kau ukirkan Cuba kau pamerkan Menjadi hiasan hidupku

( korus ) Tiada terkata Seindah bahasa Nak ku huraikan Nak ku belaikan dirimu Akan ku syairkan katamu Akan ku madahkan janjimu Menjadi coretan gurindam Puisi cinta...

Akan ku ukirkan senyummu Akan ku lukiskan tawamu Menjadikan susunan warna Potret indah...

Senyummu... Menusuk dan membelai di kalbu Cuba kau ukirkan Cuba kau pamerkan Menjadi hiasan hidupku...

Serba Tak Kena Jadinya.

Image
Serba tak kena rasanya hari ini. Duduk salah, berjalan salah, nak tidur lagilah salah. (Salah sebab sekarang Office Hour...bos nampak haru jadinya....) Ini semua gara-gara gigi geraham bongsu nak tumbuh. Berdenyut-denyut sakitnya sehinggakan nak buat itu ini pun jadi tak berdaya. (Seriously...sangat sakit! Tiada siapa pun yang suka sakit macam ni...wuuuuu....) 


"Dah tahu sakit gigi pergilah jumpa doktor gigi....bukan mengadu kat blog.." Mungkin ada yang berkata-kata begini. Tapi sebenarnya :-


"Jika anda individu yang ‘fobia’ dengan peralatan digunakan doktor gigi, anda sebenarnya tidak bersendirian. Ramai lagi yang ‘fobia’ seperti anda, tetapi jangan biarkan masalah ini berterusan."



Ya. A.N.A fobia dengan peralatan yang digunakan Doktor Gigi. Ngilu, sakit, pedih seakan melekat dalam pemikiran bila terbayangkan suasana dalam bilik Doktor Gigi. Selalunya amalkan Petua Hilangkan Sakit Gigi. Tapi kali ini macam tak berkesan je. Apakah kena jumpa Doktor Gigi???? Hmmmmm....…

Kena Saman | Wordless Wednesday # 7

Image

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



A.N.A beraya di Melaka. Korang beraya dekat mana?  Hati-hati pulang ke kampung.  Ingatlah insan tersayang.

Kucing Pakai Baju.

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Masih ingat lagi entri berkaitan GADIS & SKIRT LABUH?? Kalau tak ingat boleh KLIK SINI. Baru tadi tengok analisis blog, entri Gadis & Skirt Labuh ni paling popular berbanding entri yang lain. Kalau diukur dengan blog peribadi yang suam-suam kuku ni agak terperanjat la dengan pencapaiannya.



Bagi saya ini semua hanya kebetulan. Gadis-gadis yang cari pasal SKIRT LABUH, ter-view entri yang saya buat mesti dorang kecewa ek??, sebab tu entri sesaja, bukan entri fesyen-fesyen atau tips berkaitan Skirt Labuh semua. Minta maaf ye.


Ok.Selesai bahagian Pageviews. Sekarang bahagian Keywords pula. Oleh kerana Pageviews paling banyak melekat dekat Entri Gadis dan Skirt Labuh, makanya Keywords banyak yang sangkut-paut sudah semestinya S.K.I.R.T. Macam-macam ada. Tengoklah buktinya :-



Dalam banyak-banyak tu ada terselit Keywords"kucing pakai baju" seperti yang dah Print-screen. Ketawa dibuatnya. Mesti yang cari tu kecewa jugak sebab takde pun …

Kerja Part-Time.

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.




Cuti sekolah tak lama lagi. Adik A.N.A yang umur 16 tahun dah mula cakap-cakap nak buat kerja Part-Time sepanjang cuti sekolah nanti. (Cari duit poket sendiri + isi masa lapang) Dia ada tanya, "Ngah, akak ingat nak buat part-time la cuti sekolah ni....ok tak??". A.N.A dengar je dia tanya terus lah....bla bla bla bla...



errr....agak-agak korang la, apa yang A.N.A dok "bla bla bla bla" tu?
A. Bagi sokongan dengan kata-kata semangat. B. Bagi sekatan dengan kata-kata peluntur semangat. C. "ehhh...cerita Cinta Elyssa tu bestkan...."



Sudah semestinya, sebagai seorang kakak yang berwibawa dan berkaliber (sesi masuk bakul angkat sendiri) A. Bagi sokongan dengan kata-kata semangat. Lagipun, dulu-dulu masa A.N.A sebaya dengan dia A.N.A memang selalu buat Kerja Part-Time ni bila cuti sekolah. Bila dah selalu, dah jadi macam kebiasaan pula, asal cuti je Part-Time, asal Part-Time je cuti. Berterusan sehinggalah zaman peruniversitian. 



D…

Koleksi Kesayangan.

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Hari ini Off Day (Tak tanya pun! Takpelah, A.N.A bagitahu jeee...) Bangun pagi-pagi, sarapan Pizza Ultimate Cheesy 7 (Kelasssss kau jahhhhhh....) Dah selesai sarapan, Online barang sebentar. Sempat balas jejak beberapa blogger je kerana kelembapan Broadband yang agak macam Snail Pig sikit. Minta maaf sangat-sangat sebab bukan sengaja nak kelihatan sombong tak balas jejak. (Bajet macam fofular jeee...).




Sarapan sudah, Online barang sebentar pun sudah. Bincang-bincang dengan mama menu Lunch apa. Tiba-tiba rasa RAJIN datang. (Bukan senang-senang nak datang tanpa diundang...hihihi...) Rasa rajin nak mengemas bilik. Sapu-sapu karpet Dora The Explorer, kemas-kemas katil Queen Size, susun-susun baju-bajuan serta bantal-bantalan, angkat kotak-kotakan...errrr...kotak???Ya. Kotak! Kotak yang mengandungi Koleksi Peribadi. 



Dah terjumpa, A.N.A pun keluarkanlah semua Koleksi Peribadi yang ada dalam kotak dan susun cantik-cantik sebab nak ambil gambar dan masukka…

Kena tag lagi....layannnnnn~

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Entri pantas. Kena tag lagi, makanya kena jawab lagi. Kali ni kena tag oleh 2 blogger Empayar Utama dan Cik Bambam.


PERATURAN
• Tak boleh tag semula orang yang sama! • Masukkan semua peraturan ni (rules) dalam entri • Pilih sebelas orang untuk ditag dan letakkan link diorang dalam entri • Pergi blog/page mereka; bagitau yang kamu dah tag diorang • Korang kena pos 11 perkara pasal diri korang (ikut sukalah) dalam entri • Jawab soalan yang telah di set / diberi oleh tagger; dan buat sebelas soalan kepada mereka yang ditag untuk diorang pulak jawab.

11 Perkara tentang diri sendiri : Suka warna hitam.Selalu keliru 2 jenis sayur ni : PETOLA dan PERIA. Anak no.2.Alergik nombor dan alergik makan sikit.Tiada Kad CIMB tapi ada Kad CIDB.Suka sandal Crocodile, tak suka "Crocodile darat". LIBRA. Pengguna setia Fair & Lovely dari dulu.Suka makan Cokelat Rocky.Ada koleksi hadiah Teddy Bear lebih dari 10 ekor.Suka tengok cerita Tamil berbanding Hindustan. 
1…