Syukur alhamdulillah...nasib baik jumpa...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.




Entri ini pantas ditaip saat kembali semula ke pejabat. Nak cepat-cepat tulis pengalaman tadi.




Tadi ada hal kecemasan.






"Aien...wawa dengan Alif tak balik lagi ni....." 
Tepat 3.30 petang dapat panggilan telefon dari mama. 




Memang membuatkan diri serta merta cemas. Wawa dan alif tu adik-adik A.N.A. Wawa darjah 1 dan Alif pula darjah 4. Sepatutnya pukul 1.30 petang atau paling lewat 1.45 petang dah sampai rumah.




Ini Alif & Wawa.

* Jangan ditanya mana satu alif mana satu wawa. ^_^"




Sepatutnya budak berdua ni pergi dan balik sekolah ada orang jemput, naik van sekolah. Tapi boleh pula orang tu tak nak jemput lagi secara tiba-tiba bila dah kena tahan JPJ 2 hari yang lepas. 




Semalam satu hari dorang tak pergi sekolah sebabkan tiada kenderaan. Hari ini, takkan nak ponteng lagi. Nasiblah pagi tadi atuk sebelah rumah baik hati nak hantarkan, cuma balik tak dapat nak jemputlah. Dia ada urusan lain. Terpaksa budak berdua ni balik jalan kaki. 




Jarak sekolah dengan rumah dalam 3.5 KM. Agak jauh bagi kanak-kanak yang membawa beg yang lebih besar dari tuannya. Agak bahaya jika dikira faktor jalanraya yang agak sibuk dan ditambah lagi kerja-kerja pembinaan yang sedang giat dijalankan dikiri dan dikanan jalan. BA-HA-YA. Lagi bahaya mengenangkan kes-kes jenayah yang makin berleluasa. 




Tiada pilihan. Mama cakap dengan adik-adik ini semua sementara. Mama akan usahakan cari pemandu van sekolah yang lain. Tanya sana tanya sini. Semua dah penuh. Terpaksa. Kesian adik-adik. 




Sepanjang perjalanan cari adik-adik tadi buat diri ini terasa macam tak berguna pula bila tak mampu nak jalankan tanggungjawab sebagai kakak. A.N.A kerja, agak susah nak keluar-keluar macam tu je. Kalau tak, boleh A.N.A hantar & jemput dorang sementara cari van sekolah lain. Tadi pun nasib-nasib je boleh lari sekejap & minta tolong kawan teman mencari. 



Cari dekat sekolah. 
"Tadi saya dah tahan budak berdua tu tak bagi balik, tunggu sampai ada orang jemput....lepas tu dorang cakap dah penat menunggu...dorang terus balik jalan kaki...." 
Jawab Mak Guard bila ditanya. 



Cari dekat Perpustakaan Awam berdekatan sekolah. TUTUP




Susur jalan yang merupakan laluan dorang. Tak nampak bayang. 



Singgah sekolah agama pula, jumpa kawan-kawan adik. "Kak...budak tahun 4 cuti la hari ni...." Masa ni, Allah je yang tahu apa A.N.A rasa. Macam tak berfungsi otak nak fikir cari kat mana."Kak....kejap kak....tadi kawan cakap adik-adik akak ada jalan kaki lalu depan sekolah ni...." Berharap sangat adik singgah rumah kawan dari terjadi apa-apa. Terus mencari. 




Mama kejap-kejap telefon tanya dah jumpa belum. Mama dah minta tolong jiran carikan sekali. Mama siap tinjau-tinjau dekat jalan kalau-kalau nampak kelibat adik-adik yang balik jalan kaki. 




Masuk je simpang jalan nak mengarah ke rumah. Ada sebuah kolam ikan. Memang mata ni terus terpandang. "Teha..teha...stoppppp! Adik aku tuuu......" Terjerit A.N.A dalam kereta. Memang kawan A.N.A berhenti macam tu je. 




Nampak je adik-adik depan mata dalam hati macam-macam rasa ada. Bersyukur sangat-sangat rasa yang paling pasti. Tengok dorang riang-ria melompat-lompat dengan gembira bersama kawan-kawan buat A.N.A rasa marah pun ada juga. Punyalah buat semua orang risau. 



Budak-budak, apa yang dorang tahu sangat erti risau orang dewasa. 



Terus bawa dorang balik. Mama dah bising-bising. Dari air muka mama memang nampak sangat kerisauannya. A.N.A tak boleh lama-lama. Kena masuk pejabat semula. A.N.A tinggalkan adik-adik dengan mama, biarkan mama uruskan. Ditambah pula nak bagi ruang pada jiran sebelah yang datang menjenguk bila dapat tahu, adik-adik dah balik. 



Tak kisahlah lepas ni mama nak marah ke, nak basuh ke, nak nasihat ke budak berdua tu....yang penting dorang dah balik dengan selamat. Bersyukur sangat-sangat. Memang mencemaskan sebab tak pernah lagi terjadi hal-hal sebegini sebelum ni.



Dah balik pejabat. Tengah taip entri ni. Ada mesej masuk dari mama."Mama terperanjat sangat tadi...mama terpukul alif, menyesal pun ada ni....susah jadi mak ni..." ringkas je bunyi mesej tu, tapi mengandungi 1001 erti. Ya, mama memang susah jadi emak, aien tahu. Mama supermak, aien sayang mama, jangan risau lagi, aien ada disisi mama. Lagipun mama pukul bukan suka-suka. Niat nak mengajar. 



Terima kasih pada My BFF yang sudi tolong tadi, nasib baik kau ada teha. Terima kasih juga pada jiran yang tolong mencari tadi. Bajet macam jiran baca je blog ni...hahaha....




Kembali neutral.
Cemas dah semakin hilang.
Yang tinggal hanya risau. 
Dunia esok lebih macam-macam. ^_^"



P/S : Nasib hilang jumpa semula.

14 comments:

  1. BAHAYA la..lepas ni harap lebih berhati2..nyawa manusia bukan leh tukar ganti...

    ReplyDelete
  2. nsib baik jumpe . .wat rsau jew . .haish . .:) ..
    soh dyowg dok diam2 pas nie kak ..

    ReplyDelete
  3. aku pn selalu la kene buat misi mencari dan menyeamat bila adik balik lambat rumah n van die x leh pakai...

    ReplyDelete
  4. Hmm, sabar la A.N.A, perkara yang sepatutnya tak berlaku, bila dh berlaku, macam ni la, harap alif & wawa akan cepat berfikir tentang baik dan buruk sesuatu keadaan tu yek....

    ReplyDelete
  5. hhihihi....seb bek jumpe erk...kalau engkau kerut2 muke tadi...aku pun terikut kerutnya....pergi nak carik punyer la ase macam jauh...bila da jumpe hati gembira...nak balik ke tempat keje pon ase cam dekat la pulak...ape ape pon...hati seorang kakak mane yang tak risaukan kalau adik tak balik2....thanx god coz beri perlindungan pada 2 budak kecik BLUE YELLOW tu td...:)

    ReplyDelete
  6. ok..x tanya..wawa yg baju hitam dan aliff yg baju unggu kn??ehehe

    ReplyDelete
  7. perghh... zaman sekarang jangan main main... memang patut pun kena risau..

    ReplyDelete
  8. hm memang bahaya.
    kalau sy pun risau. huhu
    tp comei la adik2 aien (:

    ReplyDelete
  9. seram sejuk ayu baca entry nie..
    syukur semuanya okey.....

    ReplyDelete
  10. itu la kan...zaman sekarang...susah kalo biar bdk kicik jln kaki sndiri balik skolah...bleh kena kidnap...nak2 yang duduk bandar...zaman akk dulu bese jer kalo abah x datang ambik kt skolah (time balik kelas kafa) atau bus cuti, jalan kaki jerr...tak der pun orang nak culik...melainkan hantu bunian...(",)

    alhamdulillah aien bleh tgk adik2 mcm biasa,,(",)

    ReplyDelete
  11. huishhh..bahaya laaa..
    iktibar2..

    ReplyDelete
  12. wah..diorang dhler kecik g..kalo aiN..bapak risau nyer..yela, budak2 tak tau ape..alhamdulillah jumpe kan...

    ReplyDelete
  13. naseb semua keadaan baik.
    jaga seelok nya

    ReplyDelete
  14. tumbuk nk??
    kiteorg taw la mne satu alif n wawa nye heheeeh...

    adik sndri pown xtaw cuti kew x heheeh..

    tu la :)
    next time amek taw hal pekembangan adik ehehehe

    ReplyDelete