Kisah Mengawan 1 & 2.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Keindahan pantai di Kuala Linggi.

*Belas ihsan dari Abang Google.



Untuk pengetahuan semua, Kuala Linggi terletak diantara sempadan Melaka & Negeri Sembilan. Semalam A.N.A bersama beberapa orang rakan telah pergi kesana & A.N.A turut membawa adik lelaki A.N.A si Alif.


"Buat apa pergi sana?"


Pergi sana atas urusan membuat tinjauan lokasi dan sekaligus membuat tempahan Chalet bagi Majlis BBQ pada penghujung bulan Oktober ini.




Nasib kami amat baik kerana berjaya menempah Chalet walaupun pada mulanya hampir-hampir kecewa bila kesemua lot-lot Chalet kawasan itu telah habis ditempah disebabkan musim cuti sudah melanda. 





Oleh kerana tempat yang cantik ditambah pula dapat tempah Chalet yang berbaloi-baloi harganya ikut bajet telah membuatkan kami semua yang pergi tersenyum gembira. 



Begini la lebih kurang rupa kami tersenyum di tepian pantai. 



Namun kegembiraan itu hanya sementara, saat kami terpandang pasangan belangkas manusia sedang ber-asmaradana ditepian pantai telah membuatkan kegembiraan sedikit terhakis. 






Maka terjadilah Kisah Mengawan 1 seperti di bawah ini. Dialog telah diubah sedikit supaya mudah difahami. 



KISAH MENGAWAN 1




Alif yang memang suka bertanya. 
"Dorang buat pe tu??!!" Sambil mulut dimuncung-muncungkan.




Kawan A.N.A yang memang suka menjawab.
"Mengawan!!!" Sambil mempamerkan muka tak puas hati.




Kawan yang lain menyampuk.
"Ehh..kau ni, ntah budak kecik tu tahu tidak erti mengawan..." Tersengih-sengih dan pandang A.N.A.




"Dia tahulah, aku dah ajar..." A.N.A jawab dengan yakin.




Dari Kisah Mengawan 1 terus membawa ke Kisah Mengawan 2 bila teringat pula kisah macam mana A.N.A ajar si Alif & Wawa untuk memahami maksud mengawan. 




Ini Hamster belaan kami 4 Tahun yang lepas.
Suka tidur macam ni.

Tapi sekarang dah takde,
dah mati sebab makan terlalu kenyang. :(



KISAH MENGAWAN 2



Kisahnya begini. Dulu-dulu 4 tahun yang lepas. Adik-adik A.N.A berdua ni, ada membela sepasang hamster (jantan-betina).





Nak dijadikan cerita. Pada suatu hari si Alif menjerit-jerit panggil A.N.A suruh leraikan hamster-hamster yang disangkakan bergaduh, padahal sebenarnya sedang MENGAWAN. Memang cemas muka Alif masa tu. Risau agaknya. 





Dia tak tahu. Jadi A.N.A terpaksa terangkan pada dia yang hamster-hamster tu tak bergaduh, tapi sedang menjalankan aktiviti mengawan untuk menambahkan baby hamster. 





Terangkan yang mudah-mudah bagi dia faham supaya tak salah faham. 




Gambar Wawa & Alif 4 tahun yang lepas.

*Pada tahun kejadian. ^_^"



Keesokan harinya selepas A.N.A terangkan pada Alif. 
"Adik....cepatlah dikkk...." kedengaran suara Alif panggil Wawa.





Bila diintai.
Kelihatan budak berdua ni tengah menghadap sangkar hamster. 






Tiba-tiba si Alif cakap pada Wawa.
"Angah cakap, kalau kita nak baby hamster, hamster kita kena mengawan tau..." Wawa angguk-angguk macam faham. 





Lepas tu dorang main bisik-bisik.
Tiba-tiba boleh pula dorang sama-sama menjerit.
Dorang menjerit dengan penuh bersemangat. 






"Mengawanlah....mengawan cepat....
boleh dapat baby hamster banyak-banyak!!!!"








P/S : Banyak urusan nak kena settle untuk BBQ ni. :)


11 comments:

  1. tak penah sampai pun sini..harap dapat sampai tempat yg santekk ini

    ReplyDelete
  2. jgn smpai terngawan dengan hamster sudah..hehehe

    ReplyDelete
  3. klu manusia leh panggil mengawan tak??haha

    ReplyDelete
  4. Kakak tunggu gathering bbq itu terpapar jadi N#. Mesti best:)

    ReplyDelete
  5. syoknyer nak buat BBQ!

    *singgah sini, salam kenal :)

    ReplyDelete
  6. g bagi mkn hamster tu sampai kenyang sapa suh..hehehe..mengawan siap ada satu dan dua lagi..=p

    ReplyDelete
  7. haish...awat cakap lagu tu..cakap cmni, "dorang tengah kiss"..heeheheh

    ReplyDelete
  8. haha budak2 :D masih mentah nak kenal apa benda mengawan tu.mgkin kita kena buat demo??Kahkahakh :D

    ReplyDelete
  9. bakal mak mertua tak pandai tekan keyborad la aien...ngeeeeeeee...

    ***kita suh afzal buat demo ..hehe

    ReplyDelete
  10. ngawan pown xbesar2 jgk saiz hamsteer tu ehehehehe..
    kawan aku siap bwk hasmter bela kt asrma..

    ReplyDelete