Kepuasan bersidai???



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.






*Baju dirujuk sebagai mewakili semua jenis pakaian.



Beli-baju-pakai-baju-basuh-baju-sidai-baju-lipat-baju dan begitulah kita setiap hari dengan baju.



Ya. Baju.



Manusia perlukan baju. Baju perlukan manusia. Siapa lagi nak pakai baju kalau bukan manusia? Takkan kucing pula yang nak pakai. 




"Meoww.......manusia yang paksa aku pakai baju....grrrrr!!"



Tanpa baju maka telanjanglah manusia. 
Tanpa baju maka tidak berfesyenlah manusia. 
Kalau cerita pasal baju sampai esok lusa tahun bila entah nak habis...kannn.. hehehe....



Dalam entri ni, A.N.A nak kongsikan pasal baju.
Tapi berkaitan dengan cara-cara sidai baju sahaja.



Fesyen-fesyen baju tak. ^_^" 




"Meowww...bibik tuan dah lari...

terpaksa aku tolong tuan sidai baju ni..grrrrr!!!"



Ok. Siapa yang dah sampai sini.
Cuba pejam mata lepas tu buka balik.
Bayangkan cara-cara korang sidai baju macam mana? 



Ya.terus....bayannnngggggkannnn.....



So....macam mana???



Macam mana cara korang sidai baju-bajuan, seluar-seluaran, boxer-boxeran, spender-spenderan, dan segala macam jenis pakaian?



A. Kemas, teratur, ikut susunan jenis pakaian.
*baju sebaris, seluar sebaris, kain sebaris, siap ikut saiz dari besar ke kecik atau dari kecik ke besar.




B. Tidak kemas, sering sidai campur-campur jenis pakaian.
*baju disidai berselang-seli dengan spender, boxer, lepas tu seluar, kain, spender balik, boxer, baju, etc.




C. Tidak pernah sidai pakaian.
*mungkin hantar dobi, atau ada bibik yang tolong sidaikan atau pakai baju yang jenis pakai buang.




Bagi A.N.A seni menyidai pakaian di ampaian ni sikit sebanyak menggambarkan perwatakkan kita. Ini hanya pendapat A.N.A semata-mata. Jika ada yang tidak bersetuju, itu hak masing-masing. Maafkan A.N.A.  



Kalau kemas, maka orangnya mungkin agak teratur la, kalau kurang kemas mungkin orangnya jenis ambil mudah akan sesuatu perkara. Mungkin sahaja. 



A.N.A suka sidai baju ikut susunan, contohnya kalau seluar akan sebaris dengan seluar, kalau baju akan sebaris dengan baju, siap ikut saiz lagi dari besar ke kecik atau dari kecik ke besar. Sudah terbiasa dari kecik-kecik lagi bila sidai baju-bajuan seluruh ahli keluarga.



Seakan satu kepuasan bila dah siap sidai baju dekat ampaian, jalan kedepan sikit, pandang semula ke arah baju yang disidai, kekemasan itu sangat mendamaikan.



Boleh senyum sorang-sorang lah senang cerita...hehehehe....



Kedengaran seakan macam ter-over je bunyinya. Tapi inilah hakikat apa yang A.N.A rasa. 



Rasa kepuasan menyidai baju di bawah terik mentari. 



Kemas itu pu-as. ^_^"



Korang macam mana???


"Meoww...grrrr.....amacam? tergoda tak?"



P/S : Pendapat semata-mata datang dari pemerhatian mata. 


14 comments:

  1. hahaha...berjiwa seni tol minah sorang ni....bagus...kat sini KB nak ckp sikit r, bukan nak kutuk, mengata apatah lagi mengumpat A.N.A, tp just untuk pengetahuan anda, KB pernah juga sidai baju tau walaupun lelaki...menyibuk jek mamat ni kan...heheh
    sajer nak berlagak dan tunjuk bagus...heheh

    ReplyDelete
  2. aiyookkk!! kucing seksi! hehehe

    ReplyDelete
  3. adiela pulak dah memang biasa sidai baju ikut jenis2 kain kot..sebaris2..kang tak buat camtu,mak ketuk kepala..haha..gurau..tp memang dah terbiasa sidai camtu..

    ReplyDelete
  4. dulu sidai baju kat dobi je..kih kih kih

    ReplyDelete
  5. kena carik isteri yg pandai sidai baju..hehe

    ReplyDelete
  6. kalau saya sidai baju ikut yang tebal kepada baju yang nipis..hehe,,

    bila dapat sidai baju memang satu kepuasan.

    ReplyDelete
  7. teringat bila isteri balik kampung, sendiri yang kena buat...sidai baju, lipat baju dan segala berkaitan dengan baju...huhuhu

    ReplyDelete
  8. Aku segan bila sidai boxer kat tepi pagar besi rumah, pasai apa?

    Pasai mesti ada awek cun naik moto usha buat muka pelik tengok anak teruna yang rajin macam aku rajin menjebakkan diri dalam aktiviti menyidai ni.


    Ahh! Kadang-kadang menyampah jugak kalau hidup jadik artis ni. Terasa diri diperhati.

    ReplyDelete
  9. tergoda i tgk kuceng tu u .. hahaha :P

    ReplyDelete
  10. hehehe kadang ikut cara A, dan kadang ikut cara B kalau nak cepat siap... anda di tag dalam segmen ni:

    http://sun3tpini.blogspot.com/2011/10/segmen-tambah-trafik-blog.html

    ReplyDelete
  11. bab2 baju ni memang x habis laa kalau nk cite..hehehe..

    ReplyDelete
  12. asalamualaikum cik A.N.A...lama tak kabo dia...sekarang kt umah sewa tak sidai..men hanging sume baju kalo basuh...yg kicik2 letak dekat hanger bulat yg banyak jari tu...heheh..tapi kalo kat kampung sidai ikut dan jgk...x da la nak ikut baju sama baju, kain sama kain tu...hehhe..yg penting mesti kibas2 sket sebelum sidai..kalo tak nanti bila kering da yang kerinting2...hik3...

    ReplyDelete
  13. sy pun suka sidai baju mengikut saiz.
    bukan ikut jenis pakaian.
    kalau ada kecik besar dan tak teratur,
    tak puas mata pandang. hehe

    ReplyDelete