Gadis & Skirt Labuh.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


SUMBER : Google



Saat mata melihat gadis-gadis yang memakai skirt labuh, terus hati perempuan ni rasa suka. Kelihatan ayu dan cantik dimata gadis-gadis yang memakai skirt labuh menghayunkan kaki melangkah.


SUMBER : Google


Sedangkan saya yang perempuan pun rasa suka melihat, inikan pula lelaki-lelaki. Mesti suka juga kan??? Selain kelihatan ayu & cantik, skirt labuh juga menjadikan si pemakai kelihatan sopan. Tapi tak bermakna saya cakap macam ni, yang berseluar tu kelihatan tidak sopan pula ya. Harap tiada salah faham.


Sopan atau tidak sopan seseorang itu bergantung kepada cara pembawaan diri mereka sendiri. Fahami betul-betul bagi mengelakkan salah faham.



Saya pun kalau pakai skirt labuh sesekali mesti otomatik terasa ayu-ayu-sopan-sopan-gitu. Ini kenyataan, sebab saya perasan bila pakai skirt labuh je terus saya berubah laku dengan langkah kaki yang lebih yakin, teratur, dan yang pasti tidak laju-laju-laju-dan-laju. Senang cerita ke arah kesopanan gitu. HAHA.



SUMBER : Google

*Pelbagai warna menarik menaikkan mood si pemakai :D


Skirt labuh juga amat sesuai dalam pemadanan menggayakan busana Muslimah. Labuh dan longgar serta tidak mengikut bentuk kaki. Longgar-longgar pun masih kelihatan cantik.



Sebagai tambahan "Bila Puan Manja memanjang je pakai skirt labuh dalam Filem Bini-biniku Gangster lagi membuatkan saya suka dengan skirt labuh ni. Seganas-ganas Kak Yong belasah orang pun, Puan Manja masih kelihatan ayu oleh kerana dia memakai skirt labuh...."



BINI-BINIKU GANGSTER

SUMBER : Google


Kini terdapat pelbagai pilihan Skirt Labuh dipasaran memandangkan permintaan yang tinggi dikalangan penggemar fesyen. Kepada anda yang singgah membaca entri ini berhati-hatilah dalam berfesyen dan jangan jadi mangsa fesyen. Kalau tidak yakin sila rujuk mana-mana ruangan yang lebih pakar mengenai fesyen atau lebih senang anda Google je sana-sini sudah. HAHA. Pesanan khidmat masyarakat lagi satu kadang skirt labuh nampak materialnya macam tebal tapi bila dipakai kelihatan agak jarang sedikit, jadi silalah pakai "kain dalam" didalam skirt untuk mengelakkan penampakkan kaki anda. Sekian. JUMPA LAGI.

11 comments:

  1. kita ade skirt labuh tapi haram tak pakai lagi,haha

    ReplyDelete
  2. alamak!! mang tringin sgt nk ada skirt lbuh!! :D

    ReplyDelete
  3. sy suka wanita tinggi pakai skirt labuh.
    sgt sesuai dimata saya ^^

    ReplyDelete
  4. ayunya...hehehe...sokong sangat dengan kenyataan ANA...secara automatik akan berjalan ayu....

    ReplyDelete
  5. cantek ain pakai skirt tuh..
    klau ade skirt2 da xmuat tu bagi kat mija eh..haha.. :P

    ReplyDelete
  6. pun suka skirt labuh lpas tgok puan manja pakai dalam bini2 ku gangster. huhu

    ReplyDelete
  7. bulan ade beli skirt labuh ni.yela fes time tgk cantik je terus beli.tapi xpakai2 pon..hahahaha..rasa geli ayu sgt..muahahaha..:p

    dah dasar ganas tu ganas jugak lah kan.-_-''..

    ReplyDelete
  8. wah, comel awk pkai skirt labuh ;)

    ReplyDelete
  9. Skirt labuh mmg peberet akak masa kat sana, senang nak matching ngan kasut. Tapi... ke office tak reti nak berskirt.

    ReplyDelete