Jawab, Tanya dan Tag



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Minggu ni merupakan minggu Contest, Segmen dan Game situ, sana, sini. Ramai juga yang tag-tag-tag-tag A.N.A. Ada kesempatan dalam kesempitan A.N.A cuba jaya untuk turut serta. Baru selesai join CONTEST GADIS BERPURDAH, sekarang join TAG, TANYA & JAWAB yang telah di-tag oleh ALONG AFZAL


Menganga tengok soalan dak Afzal ni haaaa....


1. Apakah perkara yang paling korang benci?
Paling dibenci ialah Penyakit Hasad Dengki (PHD). Bila orang yang ada PHD ni, macam2 dia boleh buat, jadi Back Stabber, Mulut Puaka, Talam 2 Muka, Lidah Bercabang dan macam-macam lagi yang menjurus kearah nak puaskan hati sendiri yang ber-PHD.


2. Apa aktiviti yang biasa korang lakukan sensorang tanpa ditemani kawan?
-Biasanya ber-blogging sensorang la tanpa ditemani kawan disisi. Bebas merayap dimerata-rata blog.


3. Kalau korang diberi peluang untuk ubah sesuatu dalam hidup korang, apa yang korang nak ubahkan?
- Nak ubah cara permakanan. Punca segala penyakit kebanyakkannya melalui cara permakanan...huhuhu... Sangat suka fast-food yang sangat tak berkhasiat. 


4. Mana lagi best. Keluar dengan kawan atau dengan pasangan? Kenapa?
- Keluar dengan kedua-duanya best. Kawan dan pasangan sangat penting. 


5. Korang suka baca komik tak? Kalau ya, watak apa yang paling korang minat? Kenapa? 
- Suka. Komik Naruto. Suka watak Hyuga Hinata sebab dia kelihatan macam pemalu dan pendiam, tapi disebalik semua itu dia merupakan keturunan Hyuga. Dalam siri Naruto, keturunan Hyuga dan Uchiha merupakan puak yang paling penting dalam menjaga Konoha dah cukup menggambarkan kemampuan Hinata dengan kuasa penglihatan 360 darjah yang dimilikinya. Diam-diam jangan disangka lemah. 


6. Korang nak pasangan yang macamana? (Selain beriman, hormat ibubapa, bekerjaya bla bla bla-jawapan cliche)
- Nak yang pandai melawak, tapi bertempat la. Kalau main bantai je melawak situ sana sini tak kena tempat, memang tempat dia jauh dari sudut hatiku ini....ececehhhh... 


7. Korang suka tengok cerita genre yang macamana? Kenapa?
- Suka yang bergenre komedi, love, aksi yang dicampur adukkan menjadi cerita yang disukai. Suka sebab suka, kena dengan jiwa, contohnya : REAL STEEL ada unsur komedi sikit-sikit, kasih sayang ayah & anak, aksi robot tinju-tinju....terbaikkk...


8. Korang ni sensitif tak? Apa yang mudah menyebabkan korang terasa hati? 
-Sensitif. Mudah tersentuh dan terasa hati jika melibatkan ikatan kasih sayang sesama manusia, terutamanya jika melibatkan kanak-kanak. Contohnya : Sangat sensitif bila melihat penderaan kanak-kanak, kes buang bayi, penculikkan, pembunuhan, kes rogol, kes liwat, kes kekurangan zat makanan dikalangan kanak-kanak, pembunuhan kanak-kanak di negara pergolakkan dan sebagainya. Sensitif hingga mengalir air mata tanpa dipaksa. Saya sangat sayangkan kanak-kanak. 


9. Korang terjumpa RM100, apa yang akan korang lakukan?
- Terjumpa RM100, mestilah tengok kiri dan kanan. Usha line duluuuu...hihihi... Respon biasa bila terjumpa duit, lepas tu baru bertindak dengan tangkas, cekap dan berkesan.


10. Siapa nama pasangan korang dan berapa lama korang bersama?
- Nama pasangan ada pada Borang Nikah, tok kadi pegang, tak tahulah siapa???? Tunggu tiba waktunya, bila dah sampai jodoh yang telah ditetapkan oleh ALLAH S.W.T. Berapa lama? Tunggu nikah dulu, tunggu penghujung waktu nanti, selama itulah agaknya kami bersama....mudah-mudahan..... ^_^"


11. 1st impression korang terhadap aku? Hahaha :D
- Pada mulanya sebelum follower afzal cecah ribu-ribuan, dikala masih ratus-ratusan, kesengalan Afzal seperti ditahan-tahan. Jadi 1st impression Afzal seperti lelaki lain yang ada blog, selepas tu bila dah lama berbalas kunjungan, ternyata Afzal Suka Suki memang sengal orangnya, kesengalan ternyata tahap SUPERSENGAL. Next Ramadhan, jangan ditunggu lagi duit baki Taufu-fa ye, sudah bayar, terus larikkkkk....hihihihi...


Ok. Sudah menjawab. Sekarang nak bagi soalan pula. Lepas tu tag beberapa rakan blogger. Macam ini lah caranya Game : Tag, Tanya dan Jawab. 

SOALAN :

1. Warna kegemaran anda? Kenapa pilih warna tu?

2. Kata peribahasa yang paling anda suka? Kenapa suka? 

3. Pernah buang sampah merata-rata? Jika ya, apa perasaan anda?

4. Lagu kadang-kadang mewakili isi hati kita. Apakah lagu yang anda rasa mewakili isi hati anda? 

5. Siapakah jiran sebelah rumah anda? Ceritakan serba sedikit.

6. Anda suka pergi kenduri-kendara tak? Kenapa?

7. Anda suka makan petai tak? Kenapa?

8. Kalau terjatuh depan orang ramai, apakah tindakan anda selanjutnya? 

9. Kalau dah beli-beli barang, tiba masa nak buat pembayaran, duit tak cukup. Apa tindakan anda?

10. Apa pendapat anda dengan blog ini? :D


OK. A.N.A tag :

- Kepada semua yang nak cuba jawab.





37 comments:

  1. yeah itu macam la cik adik.btol2!!

    *afzal suka sakuragi hanamichi.watak komik slam dunk yang sengal,tapi berjiwa besar.segala gerakan dia dia atas gelanggang sangat tidak disangka2 dan merupakan watak penaik semangat afzal :)

    ReplyDelete
  2. banyaknya soalan dia..haha!macam jawab exam sudah..:P

    ReplyDelete
  3. ramai kan suka buat tag nie. cik tikah pun dh kena. uh, penat nk mnjawab. hahaha...

    ReplyDelete
  4. thaz tag jannah.. tapi boleh tak jannah join lepas abes exam spm.. Hihihi sekarang buzy sikit

    ReplyDelete
  5. good luck pada sapa yg kena tag !!!! he3....
    nasib baik teman tak kena...

    ReplyDelete
  6. alamak kena tag lagi..hahaha, betul2 kena buat entry ni...aien, kena tinggalkan link ke?

    ReplyDelete
  7. berapa markah satu soalan nie?
    hahahahaha XD

    ReplyDelete
  8. Itu dia jawab jangan tak jawab... macam periksa dah kan.

    ReplyDelete
  9. afzal : walaupun watak komik..tapi boleh aje jadi contoh kan...ambil nilai positif....^_^"

    ReplyDelete
  10. Rifhan : haha..exam di dewan blog...

    ReplyDelete
  11. Cik Tikah : mereka tag, kita join kalau tak keberatan...hihi..

    ReplyDelete
  12. jannah : boleh dikkk..utamakan soalan SPM dari soalan ni...hihi..

    ReplyDelete
  13. remyhazza : amboi...tak kena, esok2 kena..join ye..hihi

    ReplyDelete
  14. Cikgu Ma : tak payah kak...buat je kalau nak, then shout kat kotak jerit kita..hihi

    ReplyDelete
  15. Razil Tahir : Markah adalah percuma! hihihi...

    ReplyDelete
  16. kakzakie : menjawab penuh debaran..hihi.. minggu soalan agaknya sekarang ni kak...^_^"

    ReplyDelete
  17. bagus cmni kan..baru laa kenal awk lebih dlm ckit..=p

    ReplyDelete
  18. semuasoalan yang diberikan takder pilihan jawapan ek...heheheh....soklan subjektif ni kene wat karangan cm ni..hehhee

    ReplyDelete
  19. hahaha baru lepas jawap si afzal punya..hehehehe

    ReplyDelete
  20. aien..
    wah,bestla mija bc jwpn2 aien tuh..
    rase mcm nak vote aien jek.hehe..

    ReplyDelete
  21. merahitujambu : haha....kenal dalam2..

    ReplyDelete
  22. KB : sila2..beri jawapan macam esei...hahaha.. incik wartawan lagi hebat...weeeeee...

    ReplyDelete
  23. Ct Aja : yup...sedap yang tidak berkhasiat..huhu

    ReplyDelete
  24. ch000tz axoera : ok..kita singgah blog awak jap lagi...hihihi

    ReplyDelete
  25. mieja : hahahaha...takde vote2 pun mieja...sesaja jawab je ni...hihi

    ReplyDelete
  26. ye ke komen akk spam???ptt la slalu jerr x kuar komen akk..huk3...hehehe, x pe la..bese la...human creation..
    mai minum teh O panas..ahakzz..ttbe ajak kt cni...eh, lupa la..kita kan jiran..mai la banglo akk, nak bg biskut cap pingpong..ekekekeke

    ReplyDelete
  27. now, i already know some about yours!! :') hehe.

    ReplyDelete
  28. eh, takpe ke kalau saya xnak jawab.. saya malu.. ekekekekekeekekeke

    ReplyDelete
  29. Wow Wo WOo. jawapn no.9 tu tak bleh terima.. hahah.. share ngan aku !!.. lala tak la..

    tapi kan aku pernah dgr org kata, kalau kita terjumpa barang then kita ambil, bermakna ianya dah menjadi tanggungjawab kita untuk mencari siapa pemunya barang tersebut.. sampai jumpa org tu.. wa. tu yang tak berani nak pgg..

    ReplyDelete
  30. Selamat pagi ANA.. saya dah auto publish tag ni... petang macam tu baru muncul soalan2 ANA yang saya jawab ye... heheheh

    Thanx so much ya

    ReplyDelete
  31. Cikgu Ma : ye kak...saya pun tak tahu kenapa, sekali 7 tersimpan dekat spam...heee... maaf taw, akak jangan ingat saya delete komen akak lak...huuuu..


    ok..saya datang banglo akak jap lg...hihi... teh o panas2 k..hihi

    ReplyDelete
  32. Rtp Farra Arisha : hihi... sikit2 je ni...

    ReplyDelete
  33. gen2merah : jawab la..kalau malu sorok sikit2 jawapan sebenar...hihi..

    ReplyDelete
  34. syahirooAhmad : no.9 tu aku men jawab je ikut logik..tapi memang pun jangan diambil bukan hak kita....berat tanggungjawabnya oooo...^_^"

    ReplyDelete