SURATAN atau KEBETULAN

Gambar hiasan semata-mata.


Sesuatu yang tak disangka,
Seringkali mendatangi kita,
Itukah suratan dalam kehidupan,
Atau hanya satu kebetulan.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Awal mula pertama mula.
Rangkap pertama lirik lagu Suratan atau Kebetulan.
Nyanyian Kenny Remy Martin sangat tepat untuk menggambarkan situasi yang A.N.A sedang lalui saat ini.

Pernah tak korang bertemu seseorang.
Tapi tak FACE TO FACE pun.
Maknanya bertemu tapi takde peluang nak bercakap pun.

Main mata jauh sekali.
Jeling-jeling pun sipi-sipi je. ^_^"

Punca pertemuan pun sebabkan faktor sekeliling yang buat korang bertemu.

Suratan atau kebetulankah pertemuan sebegini???

Apa korang rasa?
Mesti terasa macam pertemuan biasa je antara manusia sesama manusia.


SURATAN pertemuan barangkali.

Agak skema je ayat...hihihihi...


Macam tak faham kan?? hmmm.....

KEBETULAN pula bagaimana?

Setiap kebetulan yang hadir sepanjang suratan pertemuan telah membuatkan pertemuan lebih menarik.

Kisahnya, A.N.A bertemu seorang hamba ALLAH ni sebabkan suratan pertemuan diantara kami.

Kami tak bercakap depan-depan lagi ni.
Hanya FB menjadi medium hubungan buat masa ni.


Disebalik suratan ada KEBETULAN dalam pertemuan kami :
  • Dia orang Melaka, A.N.A orang Melaka.
  • Umur kami sebaya. (1987)
  • Dia sahabat baik sepupu A.N.A
  • Nama dia Hafizhan. Nama sepupu A.N.A merangkap sahabat dia pula Hafizan.
  • Kami berdua graduan UiTM.
  • Dia housemate kepada classmate A.N.A (dah habis belajar baru tahu)
  • Nama FB dia KATAK BULAT. Kebetulan sahabat Blog A.N.A KOTAK BULAT.
  • Sekarang sama-sama kerja dekat Melaka.

Agak menarik juga kebetulan dalam suratan pertemuan kami.
Jadi A.N.A buat entri ni khas untuk dia sebab dia cakap macam ni dekat Shout Box.



Macam mana dia boleh jumpa???
Melalui FB agaknya....


Agak tergaru terharu jugaklah dengan dia.

Kepada Katak Bulat, ini entri khas untuk semangat kamu nak kembali aktif ber-blogging.
Jangan hangat-hangat air panas ok.
Gunakan skill kewartawanan yang ada.
Mesti lagi gempak & hebak penulisan blog nanti.

Suratan pertemuan yang punya banyak kebetulan.

Jika tiada aral melintang kami akan berjumpa depan-depan. 
Katak Bulat ni akan jadi pengapit sepupu A.N.A yang akan bersanding pada 26 & 27 November 2011. 

Jumpa. Borak. 

-Segan- ^_^"

P/S : KATAK BULAT. Kalau baca sila terharu ya. ^_^"


10 comments:

  1. Nak suruh terharu yang macam mana ni A.N.A

    Menangis, jauh sekali
    nak gembira sangat pon, takut penghujung menangis...

    Layankan je la...Katak Bulat terharu dengan entry khas ni sob2 ada, yeah2 pun ad...bercampur baur perasaan ni..cewah

    ReplyDelete
  2. amboi kotak bulat punya ayat! hahah

    ReplyDelete
  3. dua2 kot..suratan ada kebetulan ada..

    ReplyDelete
  4. rasa entry ni sweet sangat2.. kalau sy jadi kotak bulat, saya tersenyum lebar sambil menangis terharu... :)

    ReplyDelete
  5. amboi2 heeheh..untung la..semoga bhgia ye eheh

    ReplyDelete
  6. Actualy mmg terharu pun...x dapat nak ckp cm ner, bukan senang nak dapt entry khas mcm ni kan guy...so, ap2 pun, realy appriciate usaha murni A.N.A dalam mengembalikan semangat utk berbloging balik

    ReplyDelete
  7. merahitujambu : hahaha...tu la... tak sangka... :D

    Kura : katak bulat la..hihi

    ArulchelseA : yup..dua2 ada..

    Izzuddin Fauzi : )-senyum-(

    Miss A : alamak...1st time orang puji entri sweet..nak terharu jugaklah..hehe.. thankz ya..

    ade2mama : bahagia mendanya dikkk...kengkawan la...mula la fikir ke lain tu...haaaa...

    Katak Bulat : semangat tu datang dari pijan sendiri la...mungkin blog ni sebagai pencetus semata-mata...

    berusaha ok...lupakan yang lama mulakan yang baru dengan penuh semangat..hihi..

    ReplyDelete
  8. btw. thanks to kamu gak aien sebab mampu buat orang yang paling keras hati tok berbloging jinak kembali...

    kisah lama dah lame dah ilang dalam kotak, mangkuk, cawan, gelas, piring kertas pemikiran pijan...thanks coz support

    ReplyDelete