Segmen Kancil 8349 : Pengalaman Semasa Perkhemahan Unit Beruniform



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.



Segmen terbaru yang dianjurkan oleh Kancil 8349. 
PENGALAMAN SEMASA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM


Pengalaman merupakan cikgu yang terbaik dalam hidup kita. Sebab tu kebanyakkan segmen Cikgu Kancil berkaitan dengan pengalaman. Kali ini berkaitan dengan pengalaman perkhemahan pula. Jika ada yang berminat nak sertai SILA KLIK SINI.


Zaman sekolah memang banyak aktiviti perkhemahan yang A.N.A sertai, baik dalam sekolah, wakil sekolah atupun luar sekolah. Paling diingati masa zaman jadi super-duper-senior Kadet Remaja Sekolah (KRS) pada tahun 2004. Perkhemahan peringkat sekolah bersama semua badan beruniform seperti PBSM, Kadet Polis, St.John, Pandu Puteri dan Puteri Islam.


Bila dah berlainan badan uniform mesti akan timbul semangat tersendiri untuk memastikan yang mana paling hebat. Nak bersaing paling hebat pun dengan kawan-kawan sendiri juga..hehehe....





Banyak aktiviti yang disertai. Semua-hebat-hebat-belaka. KRS pun hebat. Nak tahu kenapa hebat??? Te-rus-kan-mem-ba-ca. Disebabkan A.N.A berkuasa dalam KRS masa tu, A.N.A gunakan kuasa yang ada dengan memilih yang hebat-hebat je turun padang untuk pertandingan memasak. ^_^"


Tema memasak pun bebas, menu sesukahati. Disebabkan pertandingan memasak dengan syarat-syarat telah diketahui beberapa hari lebih awal, maka segala ramuan rahsia telah disiapkan lebih awal.


Tiba hari memasak pula, kawan-kawan yang A.N.A pilih wakil KRS ni, memang pandai memasak siap pakej pandai berdrama lagi. Jadilah dapur kami macam set pengambaran rancangan memasak Chef Wan. Kecoh-kecoh KRS namanya...hahaha...





Siap masak kami hias cantik-cantik. Sepanjang aktiviti, disebabkan dapur sendiri dah kecoh kami tak pandang dah dapur memasak group lain. Jadi tak tahu dorang semua masak apa. Tiba masa nak hidangkan untuk para juri yang merupakan guru-guru sekolah baru kami tahu.


Rasa-rasa-makan-makan. Keputusan muktamad. KRS jadi johan pertandingan memasak. Sebab tu dari awal tadi A.N.A cakap hebat...hehehehe.. Memang patut kami menang sebab group lain masak menu simple-simple je yang memang khas untuk perkhemahan macam Roti Lilit (Pengakap), nasi hangussss, telur dadar, ikan goreng, ayam goreng, sayur-sayur, dan yang sewaktu dengannya. 




Memang patut menang pun sebab juri dah sental sampai licin. Katanya tema memasak menunya bebas......layannnnnn je masak-masak sampaikan KRS pula masak mengalahkan orang lain, siap dengan KARI AYAM, NASI BULUH dan SAYUR CAMPUR, yang dihias cantik, indah, berseri macam lauk pengantin. ^_^" 



OK. Itu aje cerita pengalaman perkhemahan unit beruniform zaman sekolah, berkhemah pun dekat kawasan sekolah, boleh la nak masak sedap-sedap. Naik zaman U, masuk unit beruniform, dah takde istilah masak-masak macam ni. Ikhtiar hidup, masakan yang simple-simple memang lauk perkhemahan yang terbaik sekali, SARDIN CAP AYAM & TELUR AYAM DIBASUH.  Memang terbaekkkkk!


P/S : Murtabak maggi pun sodapppp!!

7 comments:

  1. campign la aktiviti paling x suka kat sek dulu

    haha

    ReplyDelete
  2. Best la camping..A.N.A berkuasa dalam KRS, KB lak berkuasa dalam Pengakap...Hidup pengakap...Tym skolah dlu, KRS x berapa menyerlah...so bab2 masak, khemah terbaik, mmg akan dimonipoli oleh pasukan kami....hehehe...steady pengakap..

    ReplyDelete
  3. wah rakan sepasukan Kancil...hidup KRS...apapun KRS tetap hebat...milik negara kita sendiri.

    terima kasih kerana sudi menyertai segmen Kancil

    ReplyDelete
  4. Wan : Pasai pa kau tak suka wan? best apa..huhu



    KB : dekat sekolah dia, memang la pengakap best...kat sekolah A.N.A KRS tetap best walaupun ada lagi yang lagi best...hahahaha....


    Cikgu Kancil : yaaa...hidup KRS...

    saya suka join segmen tentang pengalaman...boleh kenang pengalaman lalu..hihi

    ReplyDelete
  5. singgah..wah..best kan..dari segmen yang sama...

    http://applepearlhaira.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil8349-pengalaman-semasa.html

    ReplyDelete
  6. Kancil sudah senaraikan pasukan perkhemahan mengikut unit beruniform masing - masing...jomlah singgah ke blog Kancil

    http://kancil8349.blogspot.com/2011/10/senarai-pasukan-perkhemahan-dengan.html

    ReplyDelete
  7. wah...siap main masak2....hehe......masakkan untuk saya sekali..=]

    ReplyDelete