SEGMEN KANCIL 8349 : Pengalaman Korang Semasa Menghadapi Peperiksaan UPSR

Dimulakan dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, setelah beberapa hari hanyut dengan kesibukan dunia sendiri, baru kini A.N.A mempunyai ruang nak menjengah blog sendiri. Terasa macam bertahun lamanya tak menjengah, walaupun usia blog tak sampai 1/2 tahun pun lagi, sungguh dramatik perasaan mengada-ngada ini yang datang sendiri. 

Masa untuk join segmen. Berminat? SILA KLIK SINI

Dulu kecik-kecik hidup dalam dunia cerita Sang Kancil & Sang Buaya, sekarang dah besar-besar ni bersahabat pula dengan KANCIL 8349 & buaya darat (ini dusta belaka). Sekarang ni tiada idea nak menaip entri sendiri, makanya A.N.A nak join la Segmen Kancil tentang pengalaman menghadapi peperiksaan UPSR. Maaf ya Cikgu Kancil, A.N.A baru ada masa ni, masih sempat lagi sebab dah nak dekat sampai masanya ni. 15 September 2011, 10 Malam. 

Pengalaman A.N.A :

Sepatutnya A.N.A mengambil peperiksaan UPSR di Sek.Keb.Gua Musang 1, Gua Musang, Kelantan pada tahun 1999. Namun begitu, pada bulan Mac tahun 1999, A.N.A dan keluarga berpindah ke MELAKA. A.N.A mengambil peperiksaan UPSR di Sek.Keb.Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka. 

Tahun 1999 menjadi saksi. Menjelang hari peperiksaan UPSR, menuju ke dewan peperiksaan dengan segala macam perasaan. Semua kertas dijawab dengan yakin, cuma MATEMATIK menggoyangkan rasa yakin. Alergik nombor memang begini. 

Kertas matematik menjadi saksi. Resah gelisah sepanjang mengira dan mencongak, tengok kertas ada nombor, tengok depan ada kawan-kawan, sorang pun taknak pandang belakang. Kertas matematik berjaya membuat A.N.A terasa yang detik seminit ibarat satu jam lamanya. Membilang detik itu pun nombor. ^_^"

Itu jelah pengalaman A.N.A menduduki peperiksaan UPSR, alergik nombor. Kemudian matematik PMR, matematik moden & matematik tambahan SPM lagi kejam, seminit dalam dewan macam sebulan rasanya. Hehehehe...

Disudahi dengan ALHAMDULILLAH setelah berjaya mengingati semula detik-detik peperiksaan yang matematiknya sungguh syahdu untuk diingati dan berjaya menaipnya sebagai entri untuk Segmen Kancil 8349. Sahabat-sahabat semua, A.N.A lulus ye, jangan salah sangka orang yang alergik nombor ni akan gagal, hihihi....setiap penyakit ada ubatnya. ^_^" 



10 comments:

  1. Salam,

    terima kasih kerana sudi ikut segmen Kancil...

    dulu Kancil pun ndak suka mats...tapi bila mengajar Add Mats...mula timbul perasaan sukakan Mats...hehehe..apapun, betul kata kamu, setiap penyakit ada ubatnya...tahniah

    ReplyDelete
  2. heee:)singgah sini dari segmen yang sama...

    siyes la...math time menengah mimpi ngeri..mod math&add math SPM agak kejam!!haha..

    ReplyDelete
  3. sama la..x suka math..

    jwb paper math dok tgk jam je..bila la nak abes..x tau nk goreng ape dah..haha

    ReplyDelete
  4. asyieqin rkey : haha..ngeri sikit la..

    Kancil 8349 : Salam. sama2 kasih..haha...menyokong segmen sesama blogger...thankz ya cikgu kancil...

    yayath : huhu..kijam sikit2...add math tu...super kijam...hahaha

    eera shera : tu la...asal paper math tak boleh goreng2 ek..haha

    ReplyDelete
  5. salam,

    Kancil sudah buat entri khas untuk blog ini. Jomlah lihat

    http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/entri-khas-mereka-yang-berpindah.html

    ReplyDelete
  6. hehehe..even masa primary rasa math cam giler2xnye subject..tapi masuk secondary especially time f4 n f5 terus falling in love.. Jatuh cinta sama dua2x math tu..=D

    ReplyDelete
  7. Kancil 8349 : ok..akan diterjah..hehehe...

    Cik Sara : bercinta dengan nombor...hebattt....hihi

    ReplyDelete
  8. mest rasa kekok kan ambik exam d tmpt baru huhu

    sy pon alergik number hihoho

    ReplyDelete
  9. masa tahun 1999 saya amik spm dah dik..=]

    ReplyDelete