Nak teruskan atau tidak?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sudah menjadi kebiasaan A.N.A bangun pagi, tengok handphone dulu, check balik kalau-kalau ada mesej masuk tanpa disedari setelah masuk ke alam mimpi. ^_^"

Tunggu mesej masuk.

Ada mesej dari Mr.A, BALAS!! 

Ada mesej dari Mr.F, BALAS!!

Ada mesej dari Mr.P.......BALAS??? 
Dari mata pejam celik pejam celik macam nak tidur lagi. Terus tercelik.

Mr.PTPTN laaa...Tak terbalas jadinya.


TAWARAN UJRAH TUAN TELAH TAMAT TEMPOH. 
PEMULANGAN DOKUMEN TAWARAN DILANJUTKAN 
SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2011.
 BERTINDAK SEGERA. 
ABAIKAN JIKA TINDAKAN TELAH DIAMBIL.


Terus teringat DOKUMEN yang telah siap download & print, tapi belum lengkap lagi sebab terlupa. Serius gila tahap jujur, memang terlupa sungguhlah pasal DOKUMEN NIKAH UJRAH PTPTN.


Untuk hari ini.
Pagi tadi.
Bangun pagi je terus fikir PTPTN...hmmm..

Masih ada masa lagi kalau nak teruskan.
Tapi, kalau terlupa lagi nasib laaaa... ^_^"
Memang takde jodoh dengan Ujrah.

Bila fikir-fikir.
Kalau 3%. Bayar jelah ikut kemampuan. 
Ada rezeki terlebih dapat bayar lebih.

Bila renung-renung.
Kalau 1%. Kena bayar ikut fix amount.


NAK TERUSKAN HANTAR DOKUMEN UJRAH ATAU NAK TERUSKAN TERLUPA???
BAYAR TETAP BAYAR.


P/S : Kalau terlupa lagi mesti ada sebabnya kenapa terlupa.

12 comments:

  1. owh.ujrah. tp kalu 3% byk kot..sebulan kna byr rm20 upah. kalu jnji tmpoh byr 10 thun, wah...bpa byk da kna byr kt amount 2 je kn aien..hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau rasa tak berat nak bayar balik replylah segera kalau tak perlu ujrah tu dan boleh tanpa ikhsannya abaikan aje....

    ReplyDelete
  3. MV : yup...tu kalau 3%, kena kaji dulu, jangan ikut melulu...ada masa untuk saya fikir...bila dah kerja, pegang duit sendiri, urus belanja sendiri kena fikir betul2 mana baik mana buruknya...

    ReplyDelete
  4. kakzakie : sama ada 1% atau 3%, yang pasti dua2 memang kena bayar jugak...

    ReplyDelete
  5. aduh UJRAH??? nampak sgt cetek fikiran sy tak tahu Ujrah tu ape :(

    ReplyDelete
  6. laaaa, pasal PTPTN ke... kalau ingat2 balik, saya ni antara yang malas bayar balik pinjaman ni.. ehehe.. insya Allah bayar pelan2 kan.. ngee~

    ReplyDelete
  7. merahitujambu : Ujrah tu adalah upah 1% setahun kadar rata yang dikenakan kepada peminjam PTPTN yang layak ditawarkan Ujrah...

    dulukan kadar kos pentadbiran 4% lepas tu jadi 3%, sekarang ni dibuka untuk pemohon yang layak jadi 1%.....

    kurangkan beban mungkin?? huhu

    ReplyDelete
  8. forblogger.net : ilmu boleh dicari...jangan sedih2..

    kadang2 ada benda yang kita tahu ada yang kita tak tahu...biasalah tu..hihi

    ReplyDelete
  9. Gen2Merah : yup..pasal Mr.P, hahaha.. Mr.PTPTN...

    bayar pelan2...janji langsaiii.. :)

    ReplyDelete
  10. nape xtau pape pun pasal UJRAH?ape tu?ptptn siap antar mesej kat henset ye..ni baru nak pinjam la ye..kalau perlu baik pinjam je..jangan tangguh2 dah..:)

    ReplyDelete
  11. Wanie : Ujrah ni ditawarkan pada peminjam2 yang dah buat pinjaman pun...

    tapi kena mohon ujrah la bagi yang layak sahaja, mohon untuk pengurangan kos pentadbiran dari 3% ke 1%...

    PTPTN hantar mesej bagitahu yang permohonan dah tamat, kena hantar dokumen je... huhu..

    ReplyDelete