Hari Ini Hari AHAD

Jemputlah baca entri yang panjang & serabut macam rambut saya ni..


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Hari ini hari AHAD.
Pada yang sedang bercuti,nikmati cuti anda dengan sebaiknya.
Pada yang sedang bekerja,nikmati kerja anda dengan sebaiknya.


A.N.A kerja hari Ahad. Off Day pula hari Rabu masa 1 dunia sedang berseronok dengan Wordless Wednesday. Makanya A.N.A isytiharkan sendiri hari Rabu sebagai Workless Wednesday. 


Redha dengan rezeki yang diberi buat masa ni. A.N.A pergi kerja pada setiap hari dengan lapang dada. Lagipun kalau kita ikhlas melakukan sesuatu perkara mesti kita tak rasa berat hati walaupun ada yang mengata, "apa barang kerja hujung minggu!!". 


Memang diakui, sejak kerja hujung minggu ni, tahap kesosialan A.N.A jatuh menjunam. Maksud A.N.A, sahabat sekeliling dan keluarga tersayang kekurangan kasih sayang dari A.N.A sebabkan rutin harian kami berbeza. 


Maknanya. 
Mereka cuti A.N.A kerja.
A.N.A cuti mereka pula kerja / sekolah.

-Dapat tak apa yang cuba disampaikan???-


Apa aku kisah!! -bisik hati beberapa orang yang bosan dengan cerita ini- mungkin??





Ayat atas-atas ni bajet bagus je..hahaha...
Kelihatan sangat tidak kisah bekerja hari Ahad.
Kadang-kadang kisah juga. JUJUR.


Bukan apa. 
Kadang-kadang ada urusan peribadi perlu diuruskan.
Korang yang cuti Ahad pun tahukan, nama je cuti, tapi urusan tak pernahnya habis.


Itulah-Inilah-Itulah lagi-Inilah lagi.


Contoh. Urusan hari ni, A.N.A nak kena hadiri jemputan perkahwinan sorang kenalan. Kena lari kejap time lunch. Tak boleh lama-lama. Siap-makan-salam-berkat-cabut. Jemputan akan cuba dihadiri juga sebab ada yang berpesan, kalau kita tak nak datang kenduri orang, esok-esok orang tak nak datang kenduri kita. Pesanan tu macam melekat sikit kat otak. 


Kenduri kendara biasanya memang hujung minggu. 


TAKUT.
Pengaruh pesan orang tua barangkali.


Ada juga contoh lain. 
Beli barang dapur hari Ahad.
Keluar dengan Keluarga ataupun Kawan hari Ahad.
Bersantai atau beriadah hari Ahad.
Terpaksa dibuat pada hari lain. ^_^"


Ehh...kalau dah siang kerja, malamkan boleh lagi keluar buat semua ni. Kecoh je!!!


Meme r....akan tetapi. ^_^"
Siang masanya lebih panjang.
Malam memang boleh, tapi terhad sikitlah.
Kalau begitu begini keluar selepas Maghrib paling awal, atau selepas Isyak paling lewat berapa jam yang ada sebelum lewat malam menjelma. Sekarang ni masa terasa cepat sangat berlalu. 


Kalau keluar malam balik malam selalu. Bimbang jiran-jiran yang sangat-sangat-sangat ambil berat ni bermesyuarat ditepi tingkap pula. Hidup bermasyarakat memang begini. Dinding pun ada mata ada telinga tau. Jangan main-main. 


Mak Cik Merry : "Kelassss kau jahhh..siap pasang CCTV nak memantau jiran sebelah menyebelah!!!"

Mak Cik Jah : "Alahhh...biasalah Merry oiii...buat modal mesyuarat tingkap kita jugak nanti...kannnn!!!"


Hari Ahad yang penuh cerita.


P/S : Korang ada ke WORKLESS WEDNESDAY? hahahaha....

18 comments:

  1. ada best dan tk bestnye keja ari ahad ni..

    ReplyDelete
  2. yg penting,duit masyuk.x kesah la kje hr apa pun.hr2 adalah wordless tu abg.cuma menaip di keyboard je.

    ReplyDelete
  3. heheh. je sy tak ada workless wednesday. hahah..

    Wuh.. selamat berkerja la klu mcm tu :0

    ReplyDelete
  4. bro selalu hari ahad kerja..dah tu ikut syif pulak tu hmmm

    ReplyDelete
  5. boleh wujudkan "samdol sunday"hehe.saba jela..huu

    ReplyDelete
  6. Esok hari isnin.. Ngehngeh..

    Canggihnye makcik tu ye.. Cctv utk monitor jiran..

    ReplyDelete
  7. rasa terpinggir kena kerja hari ahad ni. haha

    ReplyDelete
  8. ArulchelseA : ye...ada best ada tak bestnya..


    Abang Stalker : ye...hari2 wordless tapi tak hari2 workless...

    ReplyDelete
  9. kura : ye kamu takde...kamukan kurakura...

    kurakura tak kerja cari duit...:p


    Bro ahmad : saya memahami rasa hati bro...

    ahad bukan hari kita bermalas malasan...

    ReplyDelete
  10. aku : Samdol Sunday...yeaaa... awak sorang je guna..hehe


    nur : makcik gojes merangkap jiran yang berteknologi...biasalah.. huhu..


    budakijaupendek : agak la kadang2...

    kawan2 bersuka ria, family berjalan jalan di hari ahad..

    tak dapat join...

    -sedih-

    ReplyDelete
  11. hee..baru 1st time dengar ni workless wednesday...:D

    walaupun cuti sabtu ahad..tapi rasa kejap sangat masa cuti tu berlalu..semua nak buat dalam masa 2 hari ni...kan..he~

    ReplyDelete
  12. ala...
    papepun...
    live well, okay?
    pedulikan apa makcik2 jiran sebelah ckp...
    Work hard n Good Luck!! XD

    ReplyDelete
  13. salam,

    Kancil mengajak kamu menyertai segmen Kancil...kalau sudi jomlah ke blog Kancil dan menyertai segmen ketiga kancil

    http://kancil8349.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil8349-pengalaman-semasa.html

    ReplyDelete
  14. hari ahad adalah hari utk bercanda. hehe


    tp tak kisah lah kan, yg penting hari riang bekerja. kan? ;)

    ReplyDelete
  15. ala duk umah pown bkn dpt duit pown..law dtg..kn duit masuk eheeh

    ReplyDelete
  16. lek jer... ak keje x kira hari pong... (jadik nurse) :D

    ReplyDelete
  17. adiela hari2 workless..kehkeh..btol2..slalu nya hari ahad la yang banyak kerja..kenduri,bersantai,slalu memang dibuat hari ahad..takpelah..janji ikhlas kerja..nak buat camna,dah memang camtu rutin dia kan..hehe..neway,chaiyok! :D

    ReplyDelete
  18. haha,,dulu pon pernah kena kerja hari ahad,,tak best,,kadang2 rasa nak nanges pon ada,,sebab bila kawan2 ajak keluar asyik tak boleh ikut je..tapi lama2 redha..;)

    ReplyDelete