Posts

Showing posts from September, 2011

Segmen Kancil 8349 : Pengalaman Semasa Perkhemahan Unit Beruniform

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


Segmen terbaru yang dianjurkan oleh Kancil 8349.  PENGALAMAN SEMASA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Pengalaman merupakan cikgu yang terbaik dalam hidup kita. Sebab tu kebanyakkan segmen Cikgu Kancil berkaitan dengan pengalaman. Kali ini berkaitan dengan pengalaman perkhemahan pula. Jika ada yang berminat nak sertai SILA KLIK SINI.

Zaman sekolah memang banyak aktiviti perkhemahan yang A.N.A sertai, baik dalam sekolah, wakil sekolah atupun luar sekolah. Paling diingati masa zaman jadi super-duper-senior Kadet Remaja Sekolah (KRS) pada tahun 2004. Perkhemahan peringkat sekolah bersama semua badan beruniform seperti PBSM, Kadet Polis, St.John, Pandu Puteri dan Puteri Islam.

Bila dah berlainan badan uniform mesti akan timbul semangat tersendiri untuk memastikan yang mana paling hebat. Nak bersaing paling hebat pun dengan kawan-kawan sendiri juga..hehehe....



Banyak aktiviti yang disertai. Semua-hebat-hebat-belaka. KRS pun hebat. Nak tahu kenapa hebat??? Te-rus-k…

Hari Ini Hari AHAD

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Hari ini hari AHAD. Pada yang sedang bercuti,nikmati cuti anda dengan sebaiknya. Pada yang sedang bekerja,nikmati kerja anda dengan sebaiknya.

A.N.A kerja hari Ahad. Off Day pula hari Rabu masa 1 dunia sedang berseronok dengan Wordless Wednesday. Makanya A.N.A isytiharkan sendiri hari Rabu sebagai Workless Wednesday. 

Redha dengan rezeki yang diberi buat masa ni. A.N.A pergi kerja pada setiap hari dengan lapang dada. Lagipun kalau kita ikhlas melakukan sesuatu perkara mesti kita tak rasa berat hati walaupun ada yang mengata, "apa barang kerja hujung minggu!!". 

Memang diakui, sejak kerja hujung minggu ni, tahap kesosialan A.N.A jatuh menjunam. Maksud A.N.A, sahabat sekeliling dan keluarga tersayang kekurangan kasih sayang dari A.N.A sebabkan rutin harian kami berbeza. 

Maknanya.  Mereka cuti A.N.A kerja. A.N.A cuti mereka pula kerja / sekolah.
-Dapat tak apa yang cuba disampaikan???-

Apa aku kisah!! -bisik hati beberapa orang yang bosan dengan cer…

SURATAN atau KEBETULAN

Image
Sesuatu yang tak disangka, Seringkali mendatangi kita, Itukah suratan dalam kehidupan, Atau hanya satu kebetulan.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Awal mula pertama mula. Rangkap pertama lirik lagu Suratan atau Kebetulan. Nyanyian Kenny Remy Martin sangat tepat untuk menggambarkan situasi yang A.N.A sedang lalui saat ini.
Pernah tak korang bertemu seseorang. Tapi tak FACE TO FACE pun. Maknanya bertemu tapi takde peluang nak bercakap pun.
Main mata jauh sekali. Jeling-jeling pun sipi-sipi je. ^_^"
Punca pertemuan pun sebabkan faktor sekeliling yang buat korang bertemu.
Suratan atau kebetulankah pertemuan sebegini???
Apa korang rasa? Mesti terasa macam pertemuan biasa je antara manusia sesama manusia.


SURATAN pertemuan barangkali.
Agak skema je ayat...hihihihi...


KEBETULAN pula bagaimana?

Setiap kebetulan yang hadir sepanjang suratan pertemuan telah membuatkan pertemuan lebih menarik.
Kisahnya, A.N.A bertemu seorang hamba ALLAH ni sebabkan suratan pertemuan diantara kami.

Kami tak bercakap depan…

Cerita hari ini & ketika ini.

Image
Hari silih berganti. Kaki silih melangkah.
Semalam tinggal kenangan. Esok destinasi tujuan.
Hari ini pula akan ditempuhi dengan seadanya seperti yang telah diaturkan ALLAH S.W.T
Semalam bersuka ria bersama.  Hari ini pula duka menjadi ganti. 
Semoga kau tabah wahai sahabatku.  Hari ini dugaan kau sekeluarga.  Esok lusa siapa yang tahu. Rahsia kehidupan memang begitu.



Sekarang ni sahabat A.N.A sedang diduga. My BFF ni, Nur Fateha & keluarganya sedang bergilir menjaga ibu dia yang sedang koma di ICU Hospital Besar Melaka. 
Sakit yang dihidapi masih belum tahu puncanya. Tiba-tiba tahap kesihatan merosot dengan mendadak & terus koma.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Pada yang sudi. Sama-sama kita mendoakan kesejahteraan & kesihatan ibu sahabat A.N.A ni kembali pulih atas izin ALLAH S.W.T

P/S : Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 

EDIT PADA 22 September 2011.
08.55 pm tadi dapat berita gembira, ibu sahabat A.N.A telah sedar dari koma, syukur Alhamdulillah. Terima kasih p…

Nak teruskan atau tidak?

Image
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Sudah menjadi kebiasaan A.N.A bangun pagi, tengok handphone dulu, check balik kalau-kalau ada mesej masuk tanpa disedari setelah masuk ke alam mimpi. ^_^"

Ada mesej dari Mr.A, BALAS!! 
Ada mesej dari Mr.F, BALAS!!
Ada mesej dari Mr.P.......BALAS???  Dari mata pejam celik pejam celik macam nak tidur lagi. Terus tercelik.
Mr.PTPTN laaa...Tak terbalas jadinya.

TAWARAN UJRAH TUAN TELAH TAMAT TEMPOH.  PEMULANGAN DOKUMEN TAWARAN DILANJUTKAN  SEHINGGA 30 SEPTEMBER 2011.  BERTINDAK SEGERA.  ABAIKAN JIKA TINDAKAN TELAH DIAMBIL.

Terus teringat DOKUMEN yang telah siap download & print, tapi belum lengkap lagi sebab terlupa. Serius gila tahap jujur, memang terlupa sungguhlah pasal DOKUMEN NIKAH UJRAH PTPTN.



Masih ada masa lagi kalau nak teruskan.
Tapi, kalau terlupa lagi nasib laaaa... ^_^"
Memang takde jodoh dengan Ujrah.
Bila fikir-fikir. Kalau 3%. Bayar jelah ikut kemampuan.  Ada rezeki terlebih dapat bayar lebih.
Bila renung-renung. Kalau 1%. Kena bayar ikut …

Bacaan untuk yang berfikiran BLUE sahaja.

Image
AMARAN KERAS : Hanya sesuai untuk yang berfikiran BLUE sahaja!!!

ISNIN     : Ehhh...SELASA, kau nak tahu tak? Kalau aku nak jumpa SABTU dengan AHAD memang makan masa yang lama, berhari-hari beb....
SELASA    : Hmmm...(angguk kepala & berfikir sejenak). Betul la ISNIN...(angguk serius)
ISNIN       : Tapi, kalau SABTU dengan AHAD nak jumpa aku senang je.....Sebab tu la, ramai orang tak suka aku....asal aku tiba je, mesti ada yang cakap................


Apa salah aku??? Huuuuu...... (ISNIN menangisi nasibnya)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Dialog kat atas tu A.N.A reka sendiri untuk merujuk kepada istilah BLUE MONDAY yang dideritai oleh orang-orang yang tak suka hari ISNIN = MONDAY. 
Berfikiran BLUE ye.....hahaha....
Dah ramai buat entri pasal BLUE MONDAY ni.  Tapi A.N.A nak buat juga dari sudut pandangan A.N.A sendiri.


Apa itu Blue Monday? Adakah Biru Isnin atau hari Isnin yang Biru?  Wajib memakai pakaian biru di hari Isnin?? atauuuu....
Ohhh.....bukanlah, Blue Monday ni merujuk kepada pe…

JOM MENYAMAR

Image
Nak menyamar tak? Klik aiskrim kat atas atau KLIK SINI
Cik Cempaka ajak main menyamar-menyamar la...hihi.. A.N.A nak menyamar jadi POKOK la, sebab A.N.A suka panjat pokok. Boleh?? hahaha... padahal tiada idea nak menyamar jadi benda lain, kalau ada pun tak pandai nak melukis sangat. Jom menyamar & hantar sebelum 23 September 2011.

"Tanya sama pokok, apa sebab goyannnggggg.....lalala.."

Errr...comot ek, tak pandai la buat doodle comel-comel. Buat pun guna Powerpoint je, asal boleh jelah, janji ada rupa... 

Hati yang mendung tiba-tiba

Image
Bila hati mula mendung, 
Titisan hujan akan membasuh duka
Kadang rindu tapi tak tahu pada siapa,
Kadang sedih tapi tak tahu kenapa.

P/S : Makan hati goreng berlada sedap ni...hihi... ^_^"

SEGMEN KANCIL 8349 : Pengalaman Korang Semasa Menghadapi Peperiksaan UPSR

Image
Dimulakan dengan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, setelah beberapa hari hanyut dengan kesibukan dunia sendiri, baru kini A.N.A mempunyai ruang nak menjengah blog sendiri. Terasa macam bertahun lamanya tak menjengah, walaupun usia blog tak sampai 1/2 tahun pun lagi, sungguh dramatik perasaan mengada-ngada ini yang datang sendiri. 

Dulu kecik-kecik hidup dalam dunia cerita Sang Kancil & Sang Buaya, sekarang dah besar-besar ni bersahabat pula dengan KANCIL 8349 & buaya darat (ini dusta belaka). Sekarang ni tiada idea nak menaip entri sendiri, makanya A.N.A nak join la Segmen Kancil tentang pengalaman menghadapi peperiksaan UPSR. Maaf ya Cikgu Kancil, A.N.A baru ada masa ni, masih sempat lagi sebab dah nak dekat sampai masanya ni. 15 September 2011, 10 Malam. 
Pengalaman A.N.A :
Sepatutnya A.N.A mengambil peperiksaan UPSR di Sek.Keb.Gua Musang 1, Gua Musang, Kelantan pada tahun 1999. Namun begitu, pada bulan Mac tahun 1999, A.N.A dan keluarga berpindah ke MELAKA. A.N.A mengambil peperiksaan…

Berubahlah demi kebaikan diri sendiri.

Image
Salam Syawal.

Sehari sebelum raya sehinggakan hari ini yang masih lagi hari raya macam-macam yang A.N.A lalui. Bergerak sana sini tanpa rehat sampaikan ke satu tahap yang maksimum membuatkan badan terasa lesu. 


Entri ni bukanlah nak mengada-ngada mengadu domba yang diri ini mudah letih cepat penat ke apa, cuma bila dalam keadaan ni buat A.N.A terfikir yang diri ini masih muda lagi ni, tapi akibat dari kurang bersenam terlebih mengunyah beginilah jadinya. 
Berat badan pun dah naik, tapi nasib la BMI masih normal. Kalau tak dikawal habislah. Dulu-dulu time belajar berat badan ni nak cecah 50 KG harapan jelah sebab memang spesis bini Popeye. Sekarang ni dah habis belajar berat badan nak turun dari 50 KG pun harapan jugak sebab dah jadi spesis bini Popeye kena lempang, bertambah tembam & mancung pipinya. 
TAK NAK!!!!!! - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - KENA BERUBAH SEBELUM TERLAMBAT
Sebelum melarat dari mudah letih cepat penat bakal menjadi punca pelbagai penyakit, mesti kena berubah ni. Kesihatan leb…