Persahabatan VS Percintaan



1) Bila melibatkan perhubungan antara lelaki & perempuan mesti dikaitkan dengan "Lelaki + Perempuan = Percintaan". Tapi ada juga perhubungan antara lelaki & perempuan yang bersifat "Lelaki + Perempuan = Persahabatan". Bagi A.N.A mana-mana pun boleh.

2) Bila bercinta ni pengakhirannya sama ada bersama secara halal melalui pernikahan atau berpisah terus walau telah berjanji sehidup semati. Persahabatan pula mungkin sama juga pengakhirannya.Terpulang pada cara pemeliharaan & pemuliharaan hubungan. Macam flora & fauna pula. ^_^


moewww...baru putus cinta hilang sahabat.

3) Kadang-kadang persahabatan antara lelaki & perempuan boleh bertukar menjadi percintaan. Lebih indah mungkin bila saling mengenali & memahami. Dulu kau & aku, sekarang abang & ayang...sweet sangat. Tapi kalau percintaan bertukar menjadi persahabatan jarang-jarang pula terjadi. Selalunya putus cinta, dalam hati penuh dendam, nak-nak bila sebab putus cinta tu memang mintak pelempang. Jauh panggang dari api nak jadi sahabat. Dulu abang & ayang, sekarang.."hoi pompuan!!, weh jantan!!"

Gaduh-gaduh lepas putus cinta!


4) Bagi A.N.A perhubungan antara lelaki & perempuan sama ada dalam persahabatan atau percintaan dua-dua sangat penting. Dua-dua ada kelebihannya. Percintaan lelaki & perempuan memang best, dalam hati ada taman. Selesa berkongsi soal rasa dalam hati, cuma kadang-kadang macam hipokrit sikit sebab nak jaga hati, sayang punya pasal. Persahabatan lelaki & perempuan selesa juga berkongsi soal hati, hanya jadi diri sendiri sahabat pasti mengerti.

5) Penerimaan pasangan masing-masing sedikit sebanyak mungkin akan mempengaruhi perhubungan antara lelaki & perempuan yang bersahabat. Jika makwe si lelaki dan pakwe si perempuan jenis cemburu berapi-api, mungkin persahabatan takkan kemana. Kerana cinta nilai persahabatan diketepikan. Persahabatan pula akan sentiasa menghormati percintaan. Mengalah tidak semestinya kalah jika dalam situasi ini. Sebaliknya kalau pasangan masing-masing dapat menerima, untunglah.....hehe... 

Akhir kata, bercintalah berpada-pada, bersahabatlah seadanya rasa. Jangan mengharapkan yang lebih dari kemampuan sahabat atau kekasih kita, supaya kita tidak kecewa dikemudian hari. 

11 comments:

  1. yg no 2 tu stuju! bak alien sekor! hehehe

    ReplyDelete
  2. kalo ayie bercinta and then break still lg boleh berkwan sebb korang putus pon bersebbkan..hhuhuhu

    ReplyDelete
  3. Ku Azhar : hehe...alien tak jual la..

    ReplyDelete
  4. ayie : hihi..kalau break sebab yang baik boleh je jadi sahabat..

    ReplyDelete
  5. IMANSHAH : hanya ada pada yang ada..

    ReplyDelete
  6. what i can say is the best husband is ur bff :)

    ReplyDelete
  7. saiazuan : get married first to get a real bff :)

    ReplyDelete
  8. anak wak mail: haha..kebanyakkan putus cinta susah jadi kawan balik ek..

    ReplyDelete
  9. sgt2 lah setju dgn dua2 fakta tu
    :D

    ReplyDelete