Memahami manusia seadanya mereka.

Salam Ramadhan.

Pernah tak ada orang cakap dekat korang macam ni, "AWAK TAK MEMAHAMI SAYA" ataupun "SAYA TAK MEMAHAMI AWAK". Kalau pernah bagaimana dengan perasaan korang ye? Mesti akan buatkan korang berperasaan yang macam-macamkan? Entri kali ini A.N.A nak merepek sikit pasal nak memahami manusia disekeliling kita dengan seadanya mereka. Sila baca dengan perasaan yang tenang. Ingat ini entri merepek. ^_^"



Jika huruf A hingga Z mampu membariskan ayat untuk melafazkan semua bicara pasti hati tak perlu tertanya-tanya lagi. Tapi, bila mulut kadang-kadang terkunci. Diam seribu bahasa. Semua huruf jadi bisu. Macam mana hati tak bertanya? Itulah dia hati, setia menemani bicara dalam sunyi. 


Jika berdiam diri boleh memberi jawapan untuk setiap persoalan pasti tak perlukan sebaris ayat lagi. Baiklah, duduk diam-diam tak perlu kata apa-apa. Diam tak bermakna salah, diam juga tak bermaknanya betul. 


Jika bertanyakan soalan itu satu kesalahan pasti tiada lagi sebarang persoalan dalam kehidupan. Kalau begitu, macam mana nak tahu apa-apa kalau tak boleh bertanya. Perlu ke nak biarkan persoalan menjadi bebanan. Kena ingat, kadang-kadang dari soalan yang bodoh lahirnya jawapan yang pandai. 


Jika bertanya salah, berdiam diri pun salah, apa lagi pilihan yang ada. Perlu sentiasa berusaha untuk cuba memahami kenapa dan mengapa disebalik kesalahan tu. Perlu beringat juga, setiap yang terjadi ada sebab dan hikmahnya. 


Tak perlu A hingga Z melontarkan semua ayat. Tak perlu sebarang jawapan menjawab pertanyaan. Tak perlu terlalu bergantung pada pemikiran untuk mencari sebab. Kalau kita rasa kita dah cukup memahami insan-insan di sekeliling kita sebenarnya kita silap sebab manusia ni unik, ada macam-macam perangai. Jalani hidup seadanya dan fahami manusia juga seadanya mereka. "SAYA TAK FAHAM AWAK 100 % & AWAK TAK FAHAM SAYA 100 %". Inilah kehidupan. 

P/S : Ini bukan kisah cinta A.N.A tau...hihi.. Cuma entri merepek je bila selalu dengar kisah orang-orang sekeliling. Jika hidup ada skema jawapan pasti senang nak selak kehidupan kan. 

16 comments:

  1. sebenarnya, bukan mudah nak fahami orang lain sebab manusia ni macam2 ragam dok ada.. HUHU


    MySuaraBlog: Penyakit Makan Benda Pelik

    ReplyDelete
  2. setiap apa yang berlaku punya sebab dan hikmah nya .
    dan belajar lah menerima dan memahami seseorang tu dengan seadanya .
    hehee (^___^")

    ReplyDelete
  3. sebelum memahami orang lain, kita kena fahami diri kita terlebih dahulu...kalau dah faham baru kita akan faham orang lain...

    ReplyDelete
  4. kadang kadang susah jugak nak paham diri sendiri tapi kena tenang je lah
    janji jangan buat benda bukan2
    ni pon merepek jugak ni
    :P

    ReplyDelete
  5. Zwan Sabri : manusia bermacam ragam..huhu

    MN: betul tu..terima seadanya..

    Kancil 8349 : memahami diri sendiri dulu ye.. ^_^"

    AzatLazat :betul tu..kadang2 susah nak faham diri sendiri..tak merepek pun..haha

    ReplyDelete
  6. btul3...bla x fhm, mla nk slahkan phak 2 la..slah phak ni la..pdhal kdg2 slah dri kta jgak. :)

    ReplyDelete
  7. xkan mungkin dpt memahami sepenuhnya..cuma kita boleh blajar menerima seadanya..

    ReplyDelete
  8. dik,,,,
    kalaulah semudah itu.. rasanya pasti kita berkongsi hati yang sama...

    so, jika lain2...
    jgn ambil port sangat, ceria2 selalu yer sayang

    ReplyDelete
  9. MV : ya..kadang2 salah kita...hihi

    Mija : yo...saboooo jelah ek..

    ArulchelseA : ye...setuju dengan komen tu.. thankz ya..

    Kak Ayu : Baiklah...ceria2 selalu..hihi.. thankz...

    ReplyDelete
  10. orang cakap sebelum difahami, kita dulu yang perlu memahami..tapi nak memahami dan difahami itu bukan mudah kan..

    ReplyDelete
  11. Danial Razak : ohoiii..kena memahami betul2 ni..hihi... ye..sebelum difahami perlu memahami...tapi bukan mudah ek.. ^_^"

    ReplyDelete
  12. waaa aien.. aien ada bakat jd pakar motivasi. Pandai :)

    Nice.

    MMg manusia sukar di fahami. Org2 terdekat pon bnyk yg kita tak tersirat :) kan kan?

    p.s : penat sgt bulan pose. Update entri tido update entri tido.

    diam x semestinya x ingat kwn2 :D
    Tggu abis puasa, stamina dtg blk :D

    ReplyDelete
  13. hahaha..selalau aien..tp tu cakap ngan bf je la..:D

    ReplyDelete
  14. Shah URL : sekali datang komennya so amboi la...hehe.. ni entri merepek je..

    yup..manusia ni tersurat & tersirat..
    lepas puasa pulun BW banyak2 ek...hihi..

    Wanie : hihi..cakap dengan bf takpe, bagi dia faham wanie... ^_^"

    ReplyDelete
  15. cuba memahami org lain dan org akan cuba memahami kita :)

    ReplyDelete