KITARAN HUBUNGAN ADIK-BERADIK YANG RAMAI

Salam Sejahtera.

Adik beradik korang berapa orang ye? Entri kali ni A.N.A nak cerita ragam adik-beradik yang ramai melalui pandangan A.N.A sendiri. Bagi yang adik-beradiknya ramai, mesti korang faham akan kitaran hubungan adik-beradik yang ramai. Adik-beradik A.N.A pun ramai juga..8 orang semuanya. A.N.A yang no.2 ^_^". Tapi ada lagi yang lagi ramai yang A.N.A pernah jumpa. Contohnya, kawan A.N.A adik-beradik dia 18 orang. Mak A.N.A pula, adik beradik dia 13 orang. ^_^" hebatkan atuk & nenek A.N.A sebab mampu membesarkan kesemuanya walau serba kekurangan dulu-dulu. 

Perkenalkan along,angah,alang,acik...bla..bla...bla...dan ucu. ^_^"
Bila dah ramai-ramai ni macam-macam ragam ada. Anak yang atas macam kakak atau abang bersifat melindungi adik-adik. Anak yang bongsu bersifat manja kebiasaannya. Anak yang tengah-tengah pula bersifat melindungi campur manja...kadang-kadang keras kepala sikit...huhu...ini pendapat A.N.A la. Dulu-dulu bila nak keluar bermain dengan kawan-kawan je A.N.A mesti kena bawak adik sekali. Sekarang adik pergi bermain tak pula dia bawak A.N.A...ini tidak adil...hihihi..

Saya anak sulung, kena garang macam singa dengan adik-adik.  Meowww!

Bila dah ramai, maka segala barang, permainan, pakaian, pinggan mangkuk & segala benda mesti banyak. Peti ais je ada satu...hihi.. Bila dah banyak mesti saat tibanya sesi kemas-mengemas meja lepas makan, basuh-membasuh pinggan mangkuk, baju-bajuan, lipat-melipat kain baju akan menjadi macam riuh sekampung...hihi.. kat rumah A.N.A macam ni, padahal baru 8 orang. ^_^"
Gunung Baju Sebakul.
(TIADA DALAM PETA DUNIA)

Bila dah ramai ni, kerja-kerja rumah mesti diagih sama rata. Tolong ringankan beban mak..hihi... Tapi saat tiba bab buat kerja rumah mula la ayat lazim keluar dari mulut masing-masing macam "ASYIK AKU JE...." yang disambung dengan macam-macam ayat yang sesuai ikut keadaan. Mesti korang pernah cakap macam ni ek...haaa...^_^". Bukanlah nak berkira adik-beradik..hihi..bising-bising pun kerja jalan jugak. 

Asyik aku jeeee...arghhhh!!!

Bila dah ramai, biasanya adik-adik akan memperolehi barang turun-temurun daripada kakak atau abang. Selagi barang tu boleh diguna pakai lah. Contohnya adik bongsu dapat spender turun temurun dari kakak atau abang. Haaa???!! Taklah..gurau je..hihi..takkan spender pun nak turun temurun, mula-mula yang atas pakai ketat, bagi pada yang tengah dah longgar sikit, sampai kat adik getah dah putus...hihi.. ^_^" Contoh sebenarnya macam barang-barang permainan ke, buku-buku ke, majalah ke, basikal pun boleh juga. Ini contoh.

Ini duit turun-temurun dari adik-beradik saya. ^_^"

Banyak lagi sebenarnya cerita disebalik adik-beradik yang ramai ni, kalau cerita mau makan minggu ni. ^_^" Tapi yang pastinya bila dah ramai, setiap hari pasti meriah, penuh keceriaan, dihiasi kasih sayang walaupun kadang-kadang hubungan adik-beradik ada perselisihan paham, ungkit-mngungkit, gaduh-gaduh sayang. 

A.N.A sendiri sudah dan sedang merasakan semua ini, bila duduk semua sekali sebumbung memang meriah, kalah rumah jiran sebelah, kalah riuh sekampung walaupun kadang-kadang perang mulut, masam-masam muka, akhirnya tersenyum sama-sama semula. Sekarang ni A.N.A rasa macam dah kurang meriah bila kakak dah berpindah ikut suami dia, adik-adik duduk asrama, sambung belajar jauh-jauh. Bila berjauhan terbit rasa rindu. Korang pula bagaimana? Sayangilah adik-beradik selagi mereka masih ada. Air yang dicincang tidak akan putus. 

P/S : Terima kasih sudi baca yang entri panjang-panjang ni. Tak sabar nak tunggu hari raya tiba, semua berkumpul..rindu nak dengar ayat "Asyik aku jeeee..."

18 comments:

  1. seronoknye adk beradik ramai..sy teringin nk ada family besar..

    adik bradik sy 3 org je..tu pn bila sorang xda dh rasa sunyi dh..

    ReplyDelete
  2. adik den 4 orang je..tapi macam ramai sebab masing2 banyak mulut.hahaha :D

    ReplyDelete
  3. bukan saja adik beradik byk ragam

    anak buah pun mcm2 ragam

    huhu

    ReplyDelete
  4. Fatin Corner : 3 orang pun kalau berjauhan pasti rindu..hihi

    Aku Afzal : macam dia je yang paling banyak mulut.. :p

    Mr.Syazwan : haha..anak buah aku baru sorang weh..tak macam kau..huhu

    ReplyDelete
  5. actually adik beradik ramai ni sgt best. mmg mase kecik kita akan salu ckp "tak adil" .. :) tp bile da bsr, lihatlah keajaiban Allah apbla diciptakan kita adik beradik. :) sungguh menyentuh hati. cx syg adik beradik cx. huh boleh menitis air mata tau bile cite psl siblings :')

    ReplyDelete
  6. cx : yup..samalah.. dulu masa kecik2 selalu rasa tak adil bila kita sebagai kakak kena berkongsi dengan adik2..

    sekarang ni dah besar, macam2 nak dikongsikan, tak kisah da, sayang sangat dengan dorang...huhuhu..

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. ArulchelseA : baru 8? ada lagi akan datang ek..hihi.. bestkan.. ^_^

    ReplyDelete
  9. aku ada adik beradik 6 orang..tapi kakak semua dah kawen..last2 semua kerja rumah aku jugaklah yang buat sorang diri..hihi..=)

    ReplyDelete
  10. banyak kelebihan adik beradik ramai nih..ade member saya tu 15 orang adik beradik 11 orang lelaki dah boleh buat team bola sepak...huhu... :)

    ReplyDelete
  11. Anak Wak Mail : begitulah adat adik beradik..nasib kau rajin ek.. ^_^"

    Eddy Dce : huhu..tu kelebihan ramai2 boleh men bola sama2..heee

    ReplyDelete
  12. hehe, untunglah adik beradik ramai XD

    ReplyDelete
  13. best adik beradik ramai..time raya meriah hahaa,,tak bosan betul tak?

    ReplyDelete
  14. adik beradik wanie tak ramai..tapi tak ramai pun sekali basuh baju pun banyak jugak..huhu..sebab dah himpun banyak hari..

    ReplyDelete
  15. bestnye aiennn,, mesti raye meriah kan,hikhik,, tak terbayang le nak beranak sampai 13 org 18 0rg hebatnye,,org dulu2 je banyak cmtu kan...

    org sekrang beranak 2 3 anak je,,,
    aien anak ke 2 pon mesti tough jugak t/jawab nye

    ReplyDelete
  16. haha..naseb 3 beradik je..ta de la ramai sgt :D

    ReplyDelete
  17. sergeant keroro : untunglahh..hehe

    Bro Ahmad : yup betul tu..raya paling meriah..hehe

    wanie : tu jadi gunung baju sebakul ek..hihi

    fiq : tu la orang sekarang anak 2, 3 sebab sekarang ni perbelanjaan makin meningkat..kos sara hidup tinggi..kalau ramai tu anak tu rezeki ALLAH beri..

    hehe..tough la jugak..hihi

    ReplyDelete