JURUWANG, CASHIER atau PEGAWAI KIRA-KIRA?

SALAM RAMADHAN....

Pernah tak jumpa Juruwang, Cashier atau Pegawai Kira-kira? Mestilah pernah. Sana-sini ada, tak kisah la dekat pasaraya ke, kaunter tiket ke, pasar tani ke, kedai runcit ke, pintu masuk funfair ke, bank duit ke...mesti ada... 

Tapi kalau dekat supermarket, shopping centre, pasar borong, kedai-kedai....orang ramai suka guna sebut "Cashier"...tapi ni A.N.A nak sebut Juruwang sebab A.N.A suka. Sila suka bersama kalau sudi. 

Orang ramai terbiasa dengan ini....
  • "u pergi bayar dekat Cashier sana...i tunggu u dekat sini"
  • "JAWATAN KOSONG sebagai Cashier di pasaraya matdin"
  • "aku kerja sebagai Cashier sekarang ni, kau??"
  • "aku minat sungguhlah dengan mamat Cashier tu, muka macam safee salih!"
  • "ishhh...awek Cashier tu cun, senyuman manis macam gula!"

Ok itu perkara biasa. Pernah terjumpa Juruwang yang buat silap? Jarang-jarang jumpa, selalu terjumpa, tak pernah jumpa, sekali seumur hidup terjumpa??

Ok...ni dah terjumpa....hehe..


Kalau cari kesilapan manusia pasti terjumpa, tapi itu kalau dicarilah. Ini pula cerita pasal kesilapan Juruwang yang dia sendiri bagi tengok tanpa perlu dicari....maknanya terjumpa!

Biasalah manusia buat silap, Juruwang pun manusia juga.....tapi entri ni bukanlah nak menyentuh perihal kesilapan yang tidak disengajakan tu...cuma nak cerita kisah disebalik cerita je....A.N.A dah beberapa kali terjumpa tau, bukan la silap apa pun, kesilapan biasa-biasa je, taklah besar sangat macam pecah amanah ke, songlap duit ke...bukan...bukan... ni kesilapan kecil je, hanya tersilap pulang duit baki...

Dulu sekali dekat pasaraya besar, terkemuka, berjenama, A.N.A beli-beli barang bayar 50 sekeping, patutnya baki balik seringgit dalam beberapa keping je....sekali kira....seringgit...dua ringgit...tiga ringgit.....ehhh...ada 50 ringgit la... nasib la A.N.A ni jenis  tengok & kira lepas dapat baki, bukan jenis dapat & simpan....hehe.. terus A.N.A pulangkan dekat Juruwang tu. Mungkin sebab ramai orang dia nak cepat sampai berlaku kesilapan.

Baru-baru ni pula A.N.A pergi minum ice blended dekat sebuah kedai kek, nak belanja tekak sendiri dengan adik & kawan sorang....dalam otak dah kira-kira 3 orang standard la mungkin lebih kurang 30 ringgit ni...sudah minum adik pergi tolong bayarkan dengan 50 sekeping, adik ni jenis dapat & simpan, terus dia bagi dekat A.N.A, banyak sangat not merah ni, sampai A.N.A cakap "ehhh...murahnya!!" tengok resit balik...sah! terlebih bagi 10 sekeping... A.N.A pun pulangkan yang terlebih tu...tersengih-sengih kakak kaunter tu lalu mengucapkan "Terima kasih dik".

Bagi A.N.A, kesilapan kecil macam ni boleh jadi besar kalau kita jenis dapat & simpan. A.N.A pun bukan la nak masuk lif tekan sendiri. Tapi kalau dapat duit baki tu sila lah kira semula, bukan apa, kalau terlebih kita pulangkan sebab bukan hak kita, kalau terkurang kita boleh tuntut sebab memang hak kita...Juruwang ni manusia juga, kadang-kadang tersilap. 

Itu cerita Juruwang ataupun Cashier. Mari kita tengok PEGAWAI KIRA-KIRA. Ingat..dia pun manusia juga.




Manusia berjawatan Pegawai Kira-kira...hehe..



* Sumber Gambar dari MY MUSTAFFA

23 comments:

  1. sy memilih untuk menyebut cashier..huhu..dh terbiase...haaa, betul la tu...jgn trus smpan duit tu kira dulu mne la tau ade kesilapan kan..huhu...

    ReplyDelete
  2. eddy dce :: tak kisah la..dah jadi kebiasaan.. hihi..

    betul 3x...kira baru simpan...tak cukup boleh mintak ek..hehe

    ReplyDelete
  3. kekeke comel je jawatan: pegawai kira2

    ReplyDelete
  4. hehehe...pgawai kira2 2 1st time sya dgr..b4 ni xnah dgr...huhu..lgpon sya jnis lmbat ckit bab2 kira ni..especially duit..sya cpat pening dgn duit..i mean kliru..bkn mata duitan. huhu..

    ReplyDelete
  5. nurain samsudin : kelakar kan..hihi

    ReplyDelete
  6. miss vivio : saya pun sama macam awak..alergik nombor..haha..

    ReplyDelete
  7. prnah eje sbg casher? dlu ad dpt offer time kt kfc, tp reject, mintak backup jew.. senang ckt xyah nk hadap customer 24/7

    ReplyDelete
  8. saiazuan : hadap customer 24/7 macam-macam dugaan ek..nak2 sebagai cashier bila orang ramai sangat..

    ReplyDelete
  9. nizam ijam : awak pegawai kira-kira bagi poket awak sendiri..hehe..

    ReplyDelete
  10. hehe...klu terlebih pulang la kat cashier tu, sian kat cashier tu..huhu..(ade pengalaman jadi juruwang)...haha...

    ReplyDelete
  11. eddy : betul tu eddy...sian kat cashier tu..hehe

    ReplyDelete
  12. adeh..kalau saya la,tak tau la camner.mintak2 la dibukakan pintu hati untuk pulangkan ka?kn? :)

    ReplyDelete
  13. saya rela memilih pekerjaan laen dr cashier , sebab sy mmg tak leh jmpe duit ni..kang terguna pulak..hehehe

    pegawai kira2 pon oke jugak..

    ReplyDelete
  14. cashier lah best sikit sebut..haha.. cashier kalu short duet habis lah kan :D

    ReplyDelete
  15. untung casher dapat custemor mcm awak..kalau tak mana tau dia kena buang keje sebab kesilapan dia...:)

    ReplyDelete
  16. aku afzal :: sebab tu saya cakap boleh menimbulkan masalah besar...mintak2 dipulangkan...

    ReplyDelete
  17. haniza kacak :: saya pun more less macam awak juga...

    jom mohon pegawai kira-kira ^_^

    ReplyDelete
  18. syrupmasin : saja pakai juruwang untuk entri ni...terbukti sudah ramai suka guna sebut cashier...saya pun sama..hehe

    ReplyDelete
  19. bro ahmad :: ramai lagi yang jenis tengok & kira...hehe..

    ReplyDelete
  20. oh.. ini saya punya masalah ni, selalu dapat terus simpan, sebab kalau nak kira pun... saya blur. Taaaaapi, kalau terlebih tu mesti terus perasan dan mesti bagi balik... pelik. Rasanya... Tuhan masih sayang. huhuhu

    ReplyDelete