Jalan-jalan secara percuma.

Salam Ramadhan.

Kali ini A.N.A nak merepek dalam entri mengenai kenangan tumpang lalu. Tiba-tiba A.N.A teringat segala kenangan jalan-jalan dari zaman persekolahan dan zaman peruniversitian (errr...ada ke??).

A.N.A suka bab jalan-jalan ni. Kalau nak tunggu ke sana ke sini sebagai pelancong belum ada rezeki lagi laaa...hehe...

^_^"

Kerana jalan-jalan a.k.a LAWATAN SAMBIL BELAJAR, A.N.A dapat menjejaki hampir kesemua Negeri dalam Malaysia secara F.O.C. Orang kata rezeki datang bergolek janganlah ditolak ek. ^_^".

Ok, tempat-tempat yang A.N.A dah pergi melalui Program Lawatan Sambil Belajar adalah seperti berikut. Tapi sebelum tu, A.N.A nak ingatkan pada yang singgah baca entri ni, senarai tempat-tempat ni bukan nak menunjuk ke apa, tapi sekadar perkongsian sahaja dan sebagai catatan peribadi A.N.A. Harap maklum. ^_^"

ZAMAN SEKOLAH ni bermulanya detik jalan-jalan A.N.A sebabkan Lawatan Sambil Belajar.

1.Ting.3 (2002) pergi USM Pulau Pinang untuk program berkaitan Sains & Teknologi. Ronda-ronda Penang. 1st time ni dapat jejak jambatan Pulau Pinang & naik feri.
2.Ting.4 (2003) pergi Bentong, Pahang. Program Kelab Setia Negeri Melaka.
3.Ting.6 (2006) pergi Program Wilderness di Pulau Tuba, Langkawi, Kedah. Habis program, dapat lawatan free pergi ronda 1 Langkawi lagi. ^_^". 
4.Tempat lain hanya Lawatan Sambil Belajar di sekitar Melaka & Negeri Sembilan je macam Program Perkhemahan KRS, Lawatan PRS dekat Pusat Serenti, Lawatan Kerjaya di IPTA / IPTS sekitar Melaka, dll.

Beg sentiasa disisi....hahaha...

ZAMAN UNIVERSITI ni makin menjadi-jadi berjalannya dengan Lawatan Sambil Belajar, Site Visit, Program, Latihan Praktikal, Perkhemahan dan bermacam-macam lagi yang membawa A.N.A jalan-jalan sekitar Malaysia.

1. Sem.1 (2007) pergi Taman Negara Endau Rompin untuk Program Minggu Mesra Taman (MMT) bagi sesi suaikenal junior & senior yang bertemakan alam semulajadi. Pergi FRIM, Kepong untuk Plant Material. Meronda-ronda Taman Cahaya Seri Alam & Taman Tasik Shah Alam merupakan tempat wajib bagi beberapa tugasan. 

2. Sem.2 (2008) hanya ronda-ronda sekitar Shah Alam untuk selesaikan assignment. Pergi Wetland dan Perbadanan Putrajaya untuk site visit construction materials. Pertama kali A.N.A jejak kaki kat Putrajaya masa ni laaa.... Lepas tu masa semester 2 ni, A.N.A aktif dengan 1 badan uniform dekat UiTM Shah Alam, memang dah diwajibkan sertai program-program di PWTC, PICC, UKM, dll. Perkhemahan dengan pelatih dekat Hutan Lipur Sungai Tua.

3. Sem.3 (2008) pergi Gunung Nuang, sertai perkhemahan badan uniform. Pergi A'Famosa Water World nak siapkan assignment Theme Park & Recreation. PWTC & PICC lagi. ^_^". Perkhemahan lagi sekali dengan pelatih di sekitar Hulu Langat. 

4. Sem.4 (2009) pergi MMT lagi sebagai biro, kali ni dekat Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang. Putrajaya lagi sekali, tinjau-tinjau loji pemprosesan sisa pepejal. Seterusnya berkampung dekat Hutan Lipur Lentang, Pahang seminggu demi Studio 1. Perkhemahan dengan pelatih lagi dekat Ayer Keroh, Melaka.

5. Sem.5 (2009) pergi MMT lagi sekali juga sebagai biro, dekat Kuala Sepetang, Perak. Studio 2 pula melepak selama 10 hari berturut-turut dekat beberapa lokasi terpilih iaitu, Pontian, Pulau Kukup, Tanjung Piai, Batu Pahat, Melaka, & Taman Negara Kuala Tahan, Pahang. Semester yang paling sibuk berjalan, sebab lepas tu pergi jalan-jalan dekat Lembah Bujang, Kedah untuk assignment Historical & Cultural. Tak cukup lagi, tambahan senarai lokasi, pergi melawat KLIA pula untuk Landscape Management. Family Day pun ada, kena mendaki Genting Highland. Masa ni banyak yang F.O.C, tak la terasa sangat duit mengalir macam air, banyak sangat berjalan. ^_^"

6. Sem.6 (2010) menjalani program wajib sebagai super duper senior bagi kelas komuniti, OPKIM di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan. Sambil-sambil sempat singgah Kuala Terengganu. Sebelum tu sempat gak singgah selama 2 jam di Pekan Golok, masuk secara halal ye. ^_^". Semester ni merupakan MMT terakhir sebagai senior, dekat Sungai Sedim, Kedah. Family Day terakhir juga di Sungai Gabai, Hulu Langat. Perkhemahan dengan pelatih pun sama untuk kali terakhir, Ayer Keroh, Melaka sebelum menghabiskan baki semester akhir dengan menjalani latihan praktikal di Jabatan Perhutanan Melaka.

Habis je semester akhir maka berakhirnya jalan-jalan secara percuma. Tiada lagi kata-kata rungutan roomate tersayang yang selalu bising A.N.A jarang ada kat bilik sebab jalan-jalan je kerjanya. Akhirnya pasti. Sedihlah jugak sebab tak puas berjalan tengok tempat orang, tak puas menjelajah MALAYSIA yang penuh dengan tempat-tempat menarik.

No more F.O.C
Jauh perjalanan maka luaslah pemandangan dan banyaklah pengalaman. A.N.A rindu zaman persekolahan & peruniversitian sebab zaman pekerjaan ni mencabar. Nak berjalan kemana-mana pun mana ada F.O.C lagi dah. No money no talk walk. ^_^". 

Pengalaman lalu begitu berharga ^_^"

ZAMAN PEKERJAAN pula sekarang ni, jalan-jalan percuma hanya la bila A.N.A kena pantau pekerja-pekerja am buat kerja-kerja penyelenggaraan. ^_^". Sekarang dah kerja, dah ada duit sendiri, kumpul-kumpul boleh berjalan sendiri. Kali ni jika ada kesempatan dan peluang selagi masih bernyawa, A.N.A nak jalan-jalan sebagai pelancong, paling penting takde dah bebanan assignment. ^_^"

P/S : Masih ada beberapa tempat yang tidak tersenarai sebab LUPA. ^_^" 

18 comments:

  1. kije rajin rajin .
    kumpul duit banyak banyak .
    then, g melancong lama lama .
    best wokk !
    hihii :D

    ReplyDelete
  2. ain dah 24 tahun eh?ingat muda lagi..hehe

    banyak je berjalan kan..wanie zaman sekolah je, dekat U mandom kot, jarang g lawatan..

    ReplyDelete
  3. untunglah bnyk tempat jalan2...huhu...bukit cerakah tak g ke?.. :)

    ReplyDelete
  4. bila baca entry ANA....
    teringat pula kenangan masa sekolah, suka join rombongan..
    tulah kan, time dh kerja..
    susah sangat2..............

    ReplyDelete
  5. MN : hahaha..betul 3x.. terbaik wokkk..

    Wanie : hihi..siap kira umur.. ^_^"

    Eddy Dce : Bukit Cerakah tu Taman Cahaya Seri Alam la...ni la tempat bermain A.N.A sepanjang kat Shah Alam..huhu..

    Kak Ayu : Time dah kerja ni, duit ada, tapi masa terikat dengan tanggungjawab lain... ^_^"

    ReplyDelete
  6. wah...bestkan kalau kita ikut program LASABELA nie...banyak pengalaman kita belajar. Time Univiersiti dan time kerja barulah Kancil berjalan - jalan. Time sekolah ndak pernah...sebab mak kancil takut terjadi apa2 pada Kancil...Kat Malaysia nie hanya dua negeri lagi Kancil belum pergi iaitu Negeri Kelantan dan Terengganu...kita impian Kancil nak ke sana...hehehe

    ReplyDelete
  7. Kancil 8349 : Oooo..LASABELA ye, hihi..baru tahu.. terima kasih kancil.

    memang best sebab banyak pengalaman yang kita akan dapat sepanjang LASABELA ni..

    Semoga kancil dapat pergi tempat impian tu..hihi.. ^_^"

    ReplyDelete
  8. wah..jeleznya...sya org kdah pon xnah smpai ke langkawi..mang tringin sgt nk g langkawi..huhu

    ReplyDelete
  9. zaman university zaman paling WAJIB diingati sampai matiii :)

    ReplyDelete
  10. ismazurina : ye banyak..tapi masih ada tempat2 yang A.N.A dah terlupa..huhu..

    MV : aien kalau tak LASABELA ni memang tak sampai langkawi tu...haha

    auny aizie : WAJIB...rinduuuu... hidup dalam kenangan jelah...

    ReplyDelete
  11. pantai sri tujuh!! yeay.. tanah tenpat tumpah darah..hik3~

    ReplyDelete
  12. senyumSOYA : yeay....best..hihi..

    ArulchelseA : ya..luas pemandangan..

    ReplyDelete
  13. mak ai ...ingat betul...banyak tu kan...hehe

    ReplyDelete
  14. Laaa... Takde gamba ke nak nengok. Buat le satu tempat lawatan satu entri leh nengok gamba :)

    ReplyDelete
  15. woah...yang program wilderness kat pulau tuba tu pernah pergi jugak..tapi masa form 2..best giler kan..dan sampai sekarang tak jumpa2 kawan2 yang satu group dulu..sedih ajer..

    ReplyDelete
  16. Bigdaddyz : masih ada beberapa tempat yang terlupa..hihi..

    EmpayarUtama : tak terdayaku buat satu entri untuk setiap tempat lawatan...huhu

    Danial Razak : ohooo...wilderness memang best & terbaekkk.. nasib ada jumpa lagi kawan 1 group dekat FB..hihi

    ReplyDelete