Cintaku tertinggal di UiTM

Salam Ramadhan.

Pagi tadi A.N.A mengisi masa lapang melawat semua blog yang berada dalam list Geng UiTM Shah Alam menerusi segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger iaitu CX. Jika anda berminat nak tambah kenalan, boleh la terjah semua yang berada dalam list Geng UiTM Shah Alam. Sila teruskan pembacaan jika berminat, amaran awal, ini cerita pengalaman, jangan ada yang meluat ye....hihi.. 

Tambah kenalan sesama blogger.

Antara kesemua 56 blog tidak termasuk A.N.A, agak ramai blogger yang merupakan produk Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur (FSPU). Walaupun jabatan lain-lain, tapi kami tetap satu fakulti. Bila dah terjumpa, buat A.N.A teringat segala kenangan ketika bergelar mahasiswi dicelah-celah bangunan FSPU. Ya, memang cinta A.N.A tertinggal di sana. 

Terdapat 10 jabatan di bawah FSPU :
  1. Architecture
  2. Building
  3. Building Surveying
  4. Estate Management
  5. Interior Architecture
  6. Landscape Architecture
  7. Park & Amenity Management
  8. Quantity Surveying
  9. Surveying Science & Geomatics
  10. Town & Regional Planning
Sedikit cerita mengenai pengalaman A.N.A di FSPU & sepanjang 3 tahun di UiTM :
  • Pernah merasa kuliah di FSPU selama 4 semester sebelum menghabiskan baki lagi 2 semester berkuliah di Menara Sultan Abdul Aziz Shah, bila Park & Amenity Management diarahkan berpindah bersama-sama Building Surveying kesana. Tapi kuliah tak lah kat menara tu, dekat bangunan kejuruteraan lama je.....saja tumpang glamor nama Menara SAAS.^_^". Bila dah pindah maka bergabunglah kami dengan kawan-kawan Surveying Science & Geomatics yang dah berkurun lama kat sana. 
  • Semester 1 A.N.A duduk Kolej Anggerik, memang dah dekat sangat nak pergi kuliah. Fakulti atas bukit je. Cuma dekat untuk 1 semester sahaja. Naik semester 2 hingga 6 A.N.A dah jadi penghuni tetap Kolej Teratai.
  • Sepanjang semester 2, 3 & 4 A.N.A berulang alik dari Kolej Teratai ke FSPU dengan hanya berjalan kaki, lalu ikut Pusat Sukan, merentas Padang Kawad, mencelah ikut Pusat Gerakan ROTU, naik tangga batu caves FSPU baru sampai. Masa ni la timbul istilah geli-geli macam "berkuah ketiak, ketiak banjir, aircond bocor, dll". Mintak nyawa sampai kelas....huhuhu...
  • Naik semester 5 & 6 bila dah pindah ke Menara SAAS, masih jalan kaki jugak. Lalu Pusat Kokurikulum, lalu Kolej Delima, lalu Kolej Perindu. Cuci mata sepanjang perjalanan. Selalu juga berlumba dengan bas, kadang-kadang lagi cepat yang jalan kaki sebab pagi-pagi memang sesak. 
  • A.N.A dengan kawan-kawan hanya jadi pengguna Bas UiTM atau RAPID KL 604, 603, 601, 529 atau U80 (betul tak? ingat-ingat lupa nombor bas), SERANAS, Teksi Kenari kalau nak keluar jalan-jalan cari barang dekat tempat wajib PKNS, SACC MALL, PAS, Giant, Tesco. A.N.A sempat merasa naik RAPID KL dengan tambang RM1.00 tapi boleh kemana-mana dengan kadar setempat. Bermakna dari UiTM ke Seksyen 2 ke PKNS ke Seksyen 2 ke UiTM semula hanya RM1.00 sebelum diperkenalkan tambang setiap kali naik kena bayar. Sekarang ni dengar cerita kena pakai pas bayaran, tak tahu lah.....huhuhu.....
  • A.N.A pernah merasa subsidi makan pelajar dekat kafe kolej yang RM4.00 sehari. Masih teringat lagi kenangan beratur panjang dengan kawan-kawan, sampai giliran terus masukkan  No.Kad Matrik dekat sistem kafe. Sampai semester 3 je merasa semua ni sebelum dimansuhkan sebabkan hal-hal tertentu. Nasib duduk kolej percuma, duit pinjaman memang cukup-cukup untuk makan, belanja belajar je. Dah adat jadi pelajar, merasa semua ni, duit hampir-hampir kering, makan maggie malam-malam bersama roomate tersayang memang jadi perkara wajib untuk dikenang.
  • NASI LEMAK JATI memang terkenal dikalangan pelajar. Nasi lemak yang sedap & banyak. Harga ikut pilihan tambahan makanan. Tapi masih murah & mampu beli. Saat berjimat cermat amalan mulia menjadi amalan, selain maggie, Nasi Lemak Jati memang sodappppp!!!! Kadang-kadang tukar selera barat, makan Burger abang DC, yang duduk dekat tengah-tengah DC tu, abang tu orang Melaka. ^_^". Memang sedap gila burgernya.
  • Dulu masa mula-mula datang Shah Alam, Seksyen 7 baru nak membangun. Sana-sini rancak dibina. Kedai makan pun baru seketul dua nak naik. Cukup 3 tahun A.N.A kat sana macam-macam ada. Sekelip mata. Kedai makan banyak pilihan. KFC & Pizza bersebelahan. Jakel tersergam indah. Pasaraya Bintang menjadi pujaan. Ani Sup Utara pun ada. Cyber Cafe ada dimana-mana. Balai Polis je jauh kat belakang. ^_^"
  • Taman Tasik Shah Alam & Bukit Cerakah tempat wajib A.N.A & kawan-kawan pergi. Tahun terakhir kami kat sana, muncul pula I-City. Sempat diterjah beberapa kali seakan destinasi wajib masa tengah free je masuk. ^_^". Masa konvokesyen, sempat bawa mak pergi ronda-ronda. Lepas hajat mak. ^_^"
  • Sempat merasa berurusan di Bank Islam masa masih lagi beroperasi dekat PKNS sebelum berpindah dekat Pusat Bandar. 
  • Pernah melalui dan diberi kesempatan merasai berpuasa di Bulan Ramadhan di tempat orang. Saat berbuka dengan roomate, kawan-kawan kelas, persatuan, dll akan sentiasa diingati. Kadang-kadang berbuka puasa di Pusat Islam. 
  • Selalu balik rumah dekat Alor Gajah, Melaka dengan hanya lompat-lompat naik bas dengan komuter sebab malas nak beli tiket bas ekspress. ^_^". Dari UiTM naik bas ke Seksyen 2, ke KL Sentral dengan bas, ke Seremban dengan komuter, ke Tampin dengan bas, ke Alor Gajah dengan bas, ke rumah dengan motor sebab adik jemput dekat bustop. ^_^".

Banyak lagi nak cerita, tapi panjang sangat dah ni. Tak kisah la ada yang baca ke tak, sebab A.N.A syok sendiri nak tulis dalam blog untuk dijadikan sebagai catatan kenangan sendiri. Terlalu banyak kenangan sepanjang 3 tahun di Shah Alam. Tempat yang banyak mengajar A.N.A berdikari. Cintaku tertinggal di UiTM.

9 comments:

  1. owh.. uitm shah alam.. zwan plak under fakulti fsppp.. ;)
    Tapi kat Kedah..


    MySuaraBlog: Larangan Untuk Pengantin Perempuan

    ReplyDelete
  2. hahaa..pelajar dengan makanan @ tempat makan memang tidak boleh dipisahkan..mesti ada tempat yang memang popular pelajar2 universiti pergi beli kan..
    shah alam mungkin ok sikit dari kl..kl semuanya mahal..kena pandai cari kedai makan la..kalau tak memang duit pinjaman tak cukup la duk kl..heehe..=)

    ReplyDelete
  3. hehe...sya pon blajar kt uitm s.alam. skrg ni mang gna kad utk nek bas..mcm kad debit plak. huhu...:(

    ReplyDelete
  4. ain cinta sy pun tertinggal di sana :))

    ReplyDelete
  5. samalah Kancil...UiTM dihatiku...kenangan yang cukup indah..mengajar erti persahabatan percintaan dan kehidupan semasa berada di sana...

    ReplyDelete
  6. alahai aien syg :) so sweet this entry. sgt UiTM diHatiku. kalau Dato' Sahol baca ni, terharu dia :) heheh.

    ReplyDelete
  7. ZWAN SABRI : hai budak FSPPP :)

    Danial Razak : betul tu...pelajar & makanan macam irama & lagu...kalau yang murah & sedap memang la menjadi pujaan hati semua...Shah Alam pun boleh tahan mahal jgk harganya... jimat cermat la kita semua ye.. ^_^"


    MV : ooo..betul la yang didengar...hehe... rugi la korang tak merasa g kL & balik kL rm2 je, g sekitar shah alam mana2 ceruk pun rm1 je...hahaha...

    waeda alias : heee..samalah kita ye..

    Kancil 8349 : UiTM Dihatiku. ye banyak mengajar erti kehidupan...cinta pun ye jugak..haha..

    CX'S : sangat UiTM Dihatiku kan? belum masuk cerita pasal kad metrik, pak guard, PTAR dll...macam2 lagi...

    ReplyDelete
  8. singgah baca entry senior fspu..hee menariknyee ^^

    ReplyDelete
  9. salam, nk tanya bas seranas tu pergi sampai pintu UItm tak,dia lalu komuter x>

    ReplyDelete