Terima Kasih.......dia yang Ke-100

Alhamdulillah, sampai juga ke angka 100 "Manusia Bukan Alien" yang sudi follow BLOG AIEN NOT ALIEN. Mesti ada yang cakap A.N.A ni kecoh lebih, baru 100 je, orang lain dah beratus-ratus, beribu-ribu. 

Tapi bagi A.N.A walaupun hanya 100 je untuk masa ni, mereka semua sangat berharga. A.N.A cari kawan, tak nak cari lawan. A.N.A suka macam ni. Terima Kasih....dia yang Ke-100, SILA KLIK. Saudari Zira. 


Bukan bermakna nak membodek, tapi ini merupakan satu bentuk penghargaan untuk sahabat-sahabat A.N.A apabila mereka sudi follow, lagipun A.N.A tak paksa mereka dengan kata-kata "Saya dah Follow awak, Follow saya balik ok". Setiap kali A.N.A blogwalking A.N.A akan follow dengan rela hati sebagai tanda A.N.A singgah blog mereka, sebab bila dah singgah boleh tengok-tengok, jauh perjalanan luas pemandangan banyak manfaatnya, ini cara A.N.A, terpulanglah pada yang menilainya. 

Saudari Zira hadir saat diperlukan. Mungkin secara kebetulan kehadirannya telah membawa kebahagiaan & ketenangan pada jiwa ini disaat diri ini terlarut dengan pelbagai beban masalah duniawi semata-mata. Apabila ALLAH S.W.T berkehendakkan begitu maka terjadilah ia dengan apa cara sekalipun sebagai penyebabnya. Pengisian blog Saudari Zira penuh dengan santapan jiwa & rohani. Menyedarkan yang terleka, meluruskan yang bengkok, memenuhkan yang kosong. Wadi Ilmu. Ketenangan milik mereka yang sedar akan dunia ini hanya pinjaman. A.N.A sedar diri A.N.A masih belum cukup sempurna untuk pergi dari dunia yang sementara ini. Terima Kasih semua.

P/S : Terima Kasih juga kepada No.1 sehingga No.99......sayang semua!

8 comments:

  1. semoga semgt untuk terus berblogging yer..

    ReplyDelete
  2. haha.takpe2.usaha tangga kejayaan :) bukan follower yang kita kejar..tapi reader tu yang sangat penting :)

    terus berblogging ye :)

    ReplyDelete
  3. cucu umie :: memang semangat pun walaupun kurang BW sebabkan masa.hihi.

    ReplyDelete
  4. Aku Afzal :: yup bukan follower yang dikejar.. entri ni hanya sebagai tanda penghargaan je..terima sahabat baru...

    ReplyDelete
  5. saya yang ke seratus dua .. pastu nanti jadik lak dua dan seratus = 200 .. insyaALLAH ..

    btw, thanks for menyinggah dan komen =)) sangat amat menghargai nya ..

    ReplyDelete
  6. Happy blogging cik aien :D
    sy baru 58 ngehngeh

    ReplyDelete
  7. shah : thankz ya... wish u happy blogging too....insyaALLAH 58 akan bertambah...hihi..

    ReplyDelete