Kerisauan seorang kakak zaman sekarang....

Seorang perempuan yang memiliki adik kandung, ataupun adik angkat.....mungkin adik tiri, mahupun adik saudara, atau adik sepupu sekalipun pasti akan menyandang gelaran KAKAK, disebalik gelaran itu pasti terpikul sebuah tanggungjawab dan dicelah2 tanggungjawab itu pasti pula terselit sebuah kerisauan....

Kerisauan bermula apabila si kakak ini sendiri yang telah melalui zaman kanak2nya suatu ketika dahulu melihat dari perspektifnya apabila adik2nya pula melalui zaman kanak2 mereka yang agak berlainan darinya... Jarak usia di antara si kakak dengan si adik walaupun tak banyak bezanya jika dilihat pada angka, namun perkembangan teknologi saban tahun telah menjadikan perbezaan angka yang kecil menjadi besar nilainya..... 


Dulu si kakak belajar mengira menggunakan lidi sate, sempoa, cumi, biji saga, bantal kacang, kini si adik pula belajar mengira dengan cara pantas, dibantu gajet2 yang memang dicipta khusus untuk membantu manusia...menjadikan si adik lebih bijak menekan nombor dari mengira nombor...si kakak risau kalau2 adiknya tak mampu nak menggunakan otak dengan kreatif bila tiada gajet2 membantu.....

Dulu si kakak beriadah dengan bermain kejar2, polis sentri, galah panjang, lompat getah, batu seremban, konda-kondi, dan bermacam lagi jenis permainan...habis basah dek peluh baju si kakak, terluka lututnya bila terjatuh saat bermain, menangis bila berselisih faham dengan rakan sebaya, tapi itu si kakak....zaman kakak penuh keriangan...zaman adik pula,si adik beriadah didepan komputer, menghadap PSP, PS2..main kejar2 tembak2 secara "Game Online".....elok je baju adik tak berpeluh, lutut adik cantik tak berparut....adik jatuh pun dalam permainan....tak sakit pun... kakak risau sangat2 sebab adik tak ramai kawan macam kakak....adik dah macam kera sumbang.......

Dulu si kakak nak guna telefon untuk bergayut kena kumpul duit syiling banyak2, labuh poket kakak bawak duit syiling banyak2 sebab nak bergayut dekat "Public Phone"...nak guna telefon rumah takut mak marah bil melambung.....dah guna telefon si kakak hanya dapat dengar suara je...sekarang ni si adik tak payah susah payah macam kakak, adik ada "Handphone" sendiri....25jam sehari, 8hari seminggu "Handphone" tu milik si adik....adik bukan saja dapat bergayut, malah adik boleh swing sana, swing sini dengan segala macam cara, SMS, MMS, Video Call dan lain2.....kakak risau kalau2 adik tersalah guna kemudahan yang ada.... 

Dulu si kakak rasa selamat walau balik malam2 setelah habis mengaji, habis tuisyen, ataupun habis ulangkaji di rumah kawan2, mak & ayah tak risau sangat sebab masa tu kes jenayah kurang, jarang2 dengar kes culik, kes rogol, kes samun, kes rompak, kes bunuh & macam2 lagi kes jenayah.....sekarang ni macam2 kes ada, tak terjangkau dek akal yang adanya manusia kejam yang melakukan jenayah terhadap kanak2 & remaja....si kakak risau kalau2 si adik jadi mangsa...jenayah ada dimana2...kebarangkalian menjadi mangsa juga tinggi....

Setiap masa si kakak berasa risau akan adiknya.....si adik sedar tak? tahu tak? kisah tak? mengerti tak? kerisauan si kakak membuatkan si kakak sentiasa ingin mengambil tahu serta mengambil berat akan perihal adiknya walaupun dari perspektif si adik yang kakak hanya kelihatan seperti perempuan yang hanya tahu membebel, banyak bertanya, kadang2 dah macam "stalker", penyibuk tak bergaji, pengacau masa sosial adik, dan kadang2 terlebih gayanya dari mak & ayah................

Kerisauan seorang kakak tak pernah surut, semoga si adik mengerti apabila tiba waktunya si adik matang disebalik kehidupan. Si kakak takut kalau2 terjadinya ungkapan ini"Nakal kanak2 zaman dulu manis untuk dikenang, Nakal kanak2 zaman sekarang pahit untuk dikenang". 

P/S : Pantaulah anak2 zaman sekarang

2 comments:

  1. setuju. disebalik kecanggihan zaman it ade keburukannya.

    ReplyDelete
  2. izz: setuju juga...kecanggihan buat manusia canggih dalam segala hal...masalah pun canggih2...hihi

    ReplyDelete