Dulu dia AUTOBOTS sekarang dia DECEPTICONS


Semestinya ramai yang dah tengok TRANSFORMERS : DARK OF THE MOON 2011, mesti dah tahu filem ni macam mana, *KLIK INI* siap masing2 dah bagi bintang lagi, 8/10, 9/10, 10/10....A.N.A pun bagi bintang juga, tapi 9/10 je, sebab kakak bibir cantik MEGAN FOX takde.....hehehe... Bila masing-masing dah bagi bintang mestilah dah tahu watak-watak dalam filem ni, kali ni ramai robot yang ada... OK, sila ingat robot-robot yang ada untuk senang memahami entri ni. Senang untuk A.N.A ingatkan ini blog A.N.A, blog peribadi yang merupakan tempat A.N.A meluahkan rasa hati, nak luah dekat Facebook terbatas sangat ruangannya. 

Baru-baru ni A.N.A telah melalui situasi seperti dalam cerita Dark Of The Moon, cuma watak robot dipegang oleh manusia & tiada scene mati-mati atau musnah dibunuh. Ceritanya begini, A.N.A kehilangan seorang kawan bila dia berubah menjadi lawan, dulu dia Sentinel Prime dengan semangat juang yang tinggi dalam persahabatan, setelah dia terbangun dari tidur yang lena, dia mula sedar yang dia ada misi lain rupa-rupanya, dia perlu pertahankan hak dia. Autobots yang lain ditinggal pergi, dia berpaling menghadap Decepticons, tersenyum-senyum Megatron menyambut Sentinel Prime. Dulu Sentinel Prime penyabar orangnya kalau marah-marah pun dia masih menjaga kelakuan & tutur katanya walaupun Sentinel Prime ni Made in Melaka, kan orang cakap orang Melaka ni bahasa dia kasar sikit...hehe... Tapi itu dulu, masa telah merubah segalanya, kata-kata dia kasar sangat saat dia lantang bersuara, itulah terlalu lantang berkata-kata terlentang sendiri akhirnya. Keadaan menyebabkan ini terjadi.

Macam mengarut je, tapi inilah yang A.N.A lalui, cuma bezanya situasi ini melibatkan persahabatan. Benarlah kata bagai dikata CINTA merubah segalanya, kerana CINTA persahabatan tergadai, kerana CINTA juga menjadikan lima orang sahabat kini tinggal berempat. Manusia kalau mencari salah manusia pasti jumpa, cuma yang membezakan bila terjumpa betulkanlah dengan menegur baik-baik, sebab kata-kata yang menghiris hati pasti parut menjadi pengganti.

P/S :: Tiada manusia yang sempurna, tak perlu takut dengan bayang-bayang sendiri.

7 comments:

  1. manusia suka mencari salah org

    tapi manusia akan panas bontot bila org lain di puji

    =_=

    ReplyDelete
  2. Sabar ye. frust je bunyi nye tu . sabar :)

    ReplyDelete
  3. Wan :: betul cakap kau tu...

    salah kalau dicari pasti jumpa....hehe

    ReplyDelete
  4. Shalina :: akan bersabar dengan semua ni...

    Shah :: sangat frust..nilai persahabatan tercampak macam tu je...

    ReplyDelete
  5. tu la.. hopefully Alien tetap kuat!!

    ReplyDelete
  6. shah : hihi..aien akan tetap kuat.. alien nak watpe kuat2? ^_^

    ReplyDelete