Anda kategori 10 atau 990??? Bacalah...baru tahu...

Anda produk dari IPTA / IPTS?? 
Sudah bekerja?? 
Belum bekerja??
Masih menganggur??
Sedang mencari kerja??
Tunggu kerja datang cari anda??

Walau apa pun..........kepada yang masih belum bekerja, atau dah bekerja tapi masih mencari kerja yang lebih terjamin dan setanding dengan kelulusan, harus lah ingat bagi yang beragama ISLAM sesungguhnya rezeki manusia di dunia ini datangnya dari ALLAH S.W.T namun kita sebagai hambanya haruslah berusaha mencari dan terus mencari.

Kadang2 ada orang yang rezekinya senang lekat, habis je belajar terus dilamar untuk bekerja ada juga yang dilamar untuk berkahwin, kadang2 ada orang rezekinya bukan la susah nak lekat, cuma lambat sikit je lekatnya, dugaan hidup yang penuh duri ini kalau usaha kita lebih, ganjaran pun mungkin lebih, mudah2an hendakNYA......ohhh kerja.....sejauh mana kaki melangkah???

Bertepatan dengan tajuk entri A.N.A kali ini, pokok persoalan yang sentiasa ranting2 soalannya bercambah dalam otak ni ialah bila isu kadar pengangguran di kalangan graduan IPTA / IPTS dibentangkan, dipersoalkan, dipertontonkan, diceritakan dari mulut ke mulut. Tambahan perisa isu ini ialah bila kita semua sering kali dimomokkan dihantukan oleh hal2 seperti ini........kenapa ini terjadi??? bagi orang2 yang sesuka hati jatuhkan hukuman & menjawab persoalan ini mesti senang lenang je dia akan cakap, "siapa suruh belajar tinggi2?", "haa....ambil lagi course yang tiada pasaran kerja!", "malas nak cari kerja lah tu!!", "papa & mama mampu tanggung...tak apa lah..." 

Tapi bagi A.N.A itu semua kata2 orang2 yang ada otak tapi tiada akal. Bukan dipinta ini semua terjadi, secara logik...adakah para lepasan IPTA/IPTS ini mahukan ini semua terjadi??? Memikul jawatan sebagai penganggur tolak yang memang suka menganggur sebab ibu & ayah mampu tanggung sangat berat.....penat lelah belajar, bertungkus lumus buat assignment, terjatuh tergolek selesaikan thesis atau projek, susah payah kerah tenaga masa praktikal, ikat perut nak berjimat cermat sebab hanya mampu tanggung    pelajaran dengan pinjaman, & berbagai lagi dugaan sepanjang bergelar mahasiswa & mahasiswi....mereka pasti mahukan yang terbaik di antara yang terbaik.......

Ok...kepada yang diluar sana, yang hanya tahu bercakap je...sekarang, cuba letakkan diri dikalangan graduan menganggur ni.......kalau boleh dekatkan diri dengan mereka baru anda tahu kenapa ini terjadi??? Carilah jawapan bagi sebuah persoalan....jangan hanya dengar dari mulut ke mulut, lepas tu meletakkan standard jawapan sesuka hati....

Bagi pendapat A.N.A dalam hal ini, sebagai contoh di kalangan 1000 lepasan IPTA/IPTS yang menganggur mungkin hanya 10 sahaja yang suka bergelar penganggur, itu pun sebab mereka memang dalam kategori orang2 yang malas cari kerja, malas nak berusaha, malas nak pergi interview, malas nak ubah nasib diri sendiri, malas nak mencari rezeki sendiri dan bermacam2 malas lagi la sehinggakan malas A.N.A nak ketuk2 keyboard taip kemalasan orang2 yang malas ni....hehehe.....lagi 990 lagi A.N.A percaya & sangat yakin mereka sedang berusaha & berjuang habis2an mencari pekerjaan atau yang sudah bekerja masih tetap berusaha mencari yang lebih baik supaya penat lelah susah payah hidup di MENARA GADING berbaloi-baloi ganjarannya...hehehe..kenapa A.N.A percaya & sangat yakin???


P/S : A.N.A sendiri dalam kalangan 990 tu...masih berusaha mencari yang terbaik.. Jangan bersahabat dengan PUTUS ASA nanti kita yang BINASA


No comments:

Post a Comment