Kejutan HARI BAPA 2011


Sempena sambutan HARI BAPA 2011, saya......A.N.A tergerak hati ingin menunaikan impian lapuk sendiri untuk memiliki blog sendiri...hihihihi... Impian boleh menjadi kenyataan, hendak 1000 daya je....ketuk2 keyboard...tadaaa....maka lahirlah http://aiennotalien.blogspot.com

Akhirnya...A.N.A rasa kagum juga dengan diri sendiri ni, walaupun ilmu tentang dunia blogging ni masih baru & kecik2 lagi... ibarat sebesar zarah sekecik kuman di lautan yang luas....tetapi oleh kerana "world without boundaries" dengan kemudahan internet semua bagai...kira berjaya jugak la A.N.A ni ye...
Setelah sekian lama...kenapa mesti tertunai masa nak dekat2 sambutan HARI BAPA 2011 ni ek??? Jawapan A.N.A  senang je....
Dapat ilham dalam mimpi....A.N.A termimpikan ayah sendiri baru2 ni....(mimpi mainan tidur.....tapi mimpi yang indah).....sekian lama tak berjumpa dengan ayah sendiri menderu-deru rasa rindu bertamu dalam hati....isk...isk...isk... tak nak la sedih2 untuk A.N.A punya "1st New Post" ni....

Ok....go straight don't belok2...seorang LELAKI yang memiliki anak secara automatik akan bergelar BAPA, AYAH, PAPA, BAPAK, dll.....
Bagi setiap anak didunia ini pula yang memiliki ayah dan pernah atau sempat merasa kasih sayang mereka pasti akan mengerti keindahan memiliki insan ini.......

Tetapi...dalam bergembira pasti ada yang berduka, kenyataan dalam kebenaran hidup...sememangnya ada anak2 yang tidak pernah tahu siapa AYAH mereka, malah ada yang tidak pernah berjumpa siapa AYAH mereka, tidak pernah merasa kasih sayang seorang AYAH, serta tidak mengerti apa itu ikatan kekeluargaan yang bertunjangkan AYAH sebagai ketua keluarga.....

Walau apa pun senario semasa tentang hubungan antara ANAK & AYAH, A.N.A sarankan kepada mereka2 yang masih memiliki AYAH....hargai mereka selagi mereka masih ada.... Bagi yang tiada...doakan kesejahteraan AYAH anda walau dimana dia berada.....

Ingatlah bahawa manusia ini "HIDUP TIDAK BOLEH DISAYANGI, MATI TIDAK BOLEH DIBENCI"

Sekian.......A.N.A ucapkan SELAMAT HARI BAPA kepada semua lelaki yang bergelar bapa.

1 comment:

  1. wah..entri pertama Aien...alhamdulillah...blog pun dah semakin meriah sekarang..semoga menjadi blogger yang popular....

    ReplyDelete