Posts

TERKENA BREAST ABSCESS

Image
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ



Setelah tolak tepi rasa malu dan segan bila difikir-fikir secara mendalam aku nekad nak tulis entry berkenaan Miss B (BREAST:PAYUDARA) mungkin ada yang rasa kurang selesa bila membicarakan tentang ini tapi percayalah once aku up dekat socmed (FB dan Status Whatsapp) ramai kenalan perempuan yang PM tepi bertanya 1001 soalan. Percaya atau tidak soalan mereka memang berkait dengan Miss B masing-masing. 

"Macam mana kau dapat detect?"
"Ada rasa sakit tak? kalau macam takde rasa sakit tapi ada ketulan makin membesar macam mana nak buat ya?"
"Lately aku ada rasa sakitlah, dan ada keluar sedikit darah...apa nak buat?"
.............................banyak lagi dan jawapan aku adalah konsisten "berjumpa la dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut sebab lain orang lain sakitnya."

Ada pelbagai jenis ketulan dekat Miss B sebenarnya dan tak semua ketulan adalah kanser, boleh jadi ianya adalah lump yang tidak merbahaya tetapi jika…

LEMBARAN PERTAMA 2019

Image
Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.


08.01.2019 mencatat sejarahnya tersendiri dalam hidup seorang Aien Not Alien apabila dia tiba-tiba kembali menaip entry di blog yang telah usang ini. 


Ini semua pengaruh si BUNDLE SAMPAH dalam group whatsapp blogger-blogger SEMBANG KOPITIAM yang rata-ratanya semua telah berpencen (pernah aktif 5 ke 7 tahun lepas rasanya). 


Last entry aku up adalah ENTRY INI pada 07.09.2014 phewwww lama sungguh. Tapi hasil aku godek-godek mana yang aku ingat-ingat lupa entry tu adalah 2488 view setakat hari ini, itu pun untung nasib je adalah yang tercari-cari pasal scammer ni tersesat jumpa entry blog aku. 


Bila di flashback kembali blog ini bermula pada Jun 2011 masa aku bujang lagi dan sekarang dah Januari 2019 mungkin selepas ini aku cuba aktif kembali macam dulu-dulu atau mungkin hmmmmmmmm. Dulu-dulu sebulan berbelas entry naik sekarang adakah setahun sekali atau ini yang terakhir. Dulu-dulu banyak lebih meluah perasaan, zaman tak berapa matang...kahkah, adaka…

SCAM GUNA NAMA ROYAL BANK OF CANADA

Image
Assalammualaikum wbt....


06/09/2014 ada dua hal yang terjadi bikin aku panas hati. PERTAMA ialah masalah server down semasa exam online Kastam W41. Tengah jawab Seksyen A tetiba boleh otomatik log-out sendiri, bila dapat masuk balik dia loading je sampai ke sudah. Seksyen B & C pun sama. 

KEDUA ialah semasa menunggu hal yang pertama tadi loading sampai ke sudah, sambil-sambil check la email....berbunga sikit hati pasal ada respon dari buyer, aku ada iklan kat mudah.my : Canon PowerShot A3200 IS.



Buyer ni nama dia Mr.Lim Wong, nego harga sampai setuju.....dia boleh lak minta tolong pos kan camera ni pada anak dia bernama Dewi yang belajar di Indonesia katanya...huhu pelik nama anak dia Dewi, dia Lim Wong, tapi bersangka baik jelah, anak angkat kot. Pada mulanya aku cakap hanya COD sekitar Melaka-Alor Gajah-Tampin. Dia pula macam tak paham bahasa, nak juga pos, sanggup tanggung shipment-cost. Aku lak tak pernah-pernah pos apa-apa barang keluar dari malaysia, so rujuk pada City-Link …

URI BAWAH TAHAP 3

Image
Assalammualaikum wbt....


Sambungan dari entry lepas Pengalaman Pertama berkenaan Low Lying Placenta, hari ni nak cerita sikitlah pasal ni untuk perkongsian bersama. 

29/8/2014 dah jumpa pakar, kandungan pun dah 20 minggu. Hasil scan sah aku ada masalah uri dibawah pada Tahap 3.


Jenis 1 : Low lying -  uri berada di bahagian bawah rahim tetapi tidak berhubung dengan pintu  servik( OS )Jenis 2: Marginal - uri berada di bahagian bawah rahim dan berada di pinggir pintu servikJenis 3: Partial -  uri menutupi sebahagian pintu servikJenis 4: Complete -  uri menutupi keseluruhan pintu servik
Lagi 6 minggu akan scan lagi untuk melihat perubahan kedudukan uri. Jika masih dibawah ikut ajelah apa saranan doktor, apa yang terbaik....diri ini akan mengikutinya dengan patuh.

P/S : Positif walau risau, sekarang amalkan sujud lama-lama ketika solat.

Pengalaman Pertama

Image
Assalammualaikum wbt...
Salam Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

Lama tak jengah blog sendiri dan rakan-rakan yang lain disebabkan melayan malas yang turun naik tak tentu pasal.
Sebelum ni memang malas (mengaku sendiri) tapi semakin menjadi-jadi bila berbadan dua. Alhamdulillah dah masuk trimester kedua ni baru berani nak bagitahu dekat blog (bajet macam ramai baca). Ditambah pula dengan malas kembali ke paras normal makanya ter-log-in-lah kembali.
Pengalaman pertama..selain malas aku takde morning sickness sangat. Mungkin baby dalam rahim ni kesian tengok ibu dan abah dia PJJ jadi dia baik-baik je. Tapi....
Tapi apa?! Hehe...ya ada tapinya. Ada sikit dugaan nak tetapkan Due Date disebabkan cycle period yang tak normal. Tapi takpe hal ni dah settle bila rujuk pakar di hospital. Tapi....
Ya...ada tapinya lagi. Settle bab due date, ada hal lain lagi. Doktor pakar detect hasil dari scan demi scan aku ada masalah low lying placenta. Aku pun OK jelah sebab rasa macam nothing serious lag…

WHY??

Image
Assalammualaikum wbt.. Perbualan aku dengan anak buah (Zahraa, 4 tahun, kepoh macam bertih jagung...) ketika aku sedang belek handphone :-Zahraa : Mak ngah jaya nak men game boleh? Mak Ngah : Boleh kejap lagi ea...mak ngah nak wassup pak ngah jap.Zahraa : Okey. *angguk2 paham...tapi tangan sibuk nak capai hp macam tak paham*Zahraa : Mak ngah...jaya nak men pou (game) boleh laa...nape nak meshej (wassup) pak ngah lama2 ni penat jaya tunggu....(buat muka bosan) Zahraa lagi : Mak ngah meshej pak ngah lagi ke??Mak Ngah : Haah...why??Zahraa : Z....( sambil senyum2 comel )Hahahampeh terkono den....kenot brain aku budak zaman sekarang bijak lain macam. Kecil-kecil cili padi. V, W, X, Why.....Z

BARU TAHU

Image
Assalammualaikum wbt....


Dalam hidup ini ada benda yang kita tahu ada benda yang kita tak tahu. Entry kali ini aku nak senaraikan beberapa perkara yang aku tak tahu dan aku baru tahu, padahal benda kecil je. LOL.


1. Lubang di penutup tin adalah pemegang straw sebenarnya??? 




2. Setiap penutup tiub ada pencucuknya sendiri!! HAHA. Ini aku baru tahu masa aku sekolah menengah, tapi incik suami baru tahu bila dia nampak aku cucuk ubat tiub untuk sakit INI



3. Objek asing di bebola mata...rupa-rupanya ramai orang alaminya. Aku ingat aku sorang je. HAHA.





Cukup 3...nanti kalau ada aku senaraikan lagi, ada lagi senarai lagi dan lagi dan lagi. Sekian. JUMPA LAGI.